Tuesday, April 16, 2013

Darah Tinggi, Kencing Manis, Tinggi Kolestrol penyumbang utama SAKIT JANTUNG & STROK

"Statistik yang dikumpul oleh Pangkalan Data Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan (NCVD) Pejabat Pendaftaran juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menderita akibat serangan jantung pada usia muda (min umur 58) jika dibandingkan dengan orang-orang di Thailand (65 tahun), tanah besar China (63 tahun) dan negara-negara Barat (66 tahun)." News Strait Time.
Saya terbaca kenyataan ini di Facebook tadi. Risau sungguh bila fikirkan macam-macam penyakit yang ada sekarang ni. Risau saya, atau suami saya, atau orang-orang yang saya sayangi pun terlibat sama. Kita bukannya ada tanah berhektar-hektar nak di cagarkan untuk nak berubat kan. Tahu sajalah kos perubatan yang menggila mahalnya kan. Mana lah nak mampu..... Apa yang saya mampu, berkongsi ILMU, supaya ramai yang membuka mata, memandang masadepan kesihatan mereka dan mengambil berat tentang kesihatan mereka.

Semoga usaha saya ini diberkati Allah SWT. Semoga ramai yang dapat lari jauh dari penyakit-penyakit berbahaya.

Saya ingin berkongsikan PENYAKIT JANTUNG, yang boleh mengakibatkan serangan STROK, penyakit yang popular di Malaysia kini.

Sakit jantung atau penginfarkan miokardium adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut kepada manusia.
Sakit jantung merupakan salah satu daripada beberapa jenis penyakit yang berkait dengan jantung. Sakit jantung yang biasa adalah:
  • (Coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan mendapan atheromatous (atheromatous plaques) dalam dinding ateri yang membekalkan myocardium.
  • (Ischaemic heart disease), penyakit yang berciri-cirikan pengurangan bekalan darah kepada jantung.
  • (Cardiovascular disease), kelas penyakit yang membabitkan jantung/ saluran darah (arteri dan vena).
  • (Cor pulmonale|Pulmonary heart disease), kegagalan pada ventrikel kanan jantung.

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Sumber : Wikipidea


When STROKE Strike, Act FAST.
Tapi alangkah baiknya kalau kita dapat mencegahnya sebelum diserang.

TAK INGIN MENDAPAT RISIKO SAKIT JANTUNG DAN STROK?
Ubah diri anda dari sekarang
Cegah sebelum PARAH. Rawat sebelum TERLAMBAT.

PM FB : Cik Puan Nana
Email/Gtalk : luvfornana@gmail.com
Call/Sms : 016.692.8086

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah