Friday, April 12, 2013

Osteoporosis : Jangan Ambil Mudah!

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. 

Ia menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah mudah berlaku.

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah


Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom
Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.

Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.

Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.

Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk


Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:


  • ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.
  • KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.
  • WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.
  • BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.
  • TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.
  • SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.
  • MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
  • MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.
  • PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.
  • MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.
  • PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.
  • RAWATAN kemoterapi.
  • AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.
  • INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.
  • HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.
  • KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.
  • PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).
  • PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.
  • MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis

Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:
  1. Kalsium
    Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.
  2. Vitamin D
    Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.
  3. Protein berlebihan
    Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.
 CEGAH SEBELUM PARAH DI HARI TUA NANTI
Hubungi saya di 016.692.8086 untuk maklumat lanjut. 

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah