Thursday, July 4, 2013

Mengekalkan Kesihatan Semasa Hamil dan Berpuasa

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Info : http://www.babycenter.com.my

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

__________________________________________________

Mengambil Makanan tambahan ketika sahur juga membantu anda kekal bertenaga dan cergas sepanjang berpuasa dalam keadaan hamil. ESP mengandungi sumber Protein yang sangat baik dan tinggi, dan Performance Drink mengekalkan tahap hidrasi badan anda.
BOOKING SEKARANG!
Nana | 016.692.8086


Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah