Friday, July 5, 2013

Risiko wanita hamil yang kekurangan zat kepada BAYI

Tahukah anda Wanita yang kekurangan zat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan...

  1. Bayi dengan berat badan yang tidak normal semasa lahir. Ibu-ibu yang kekurangan berat badan atau kekurangan nutrisi berkemungkinan melahirkan bayi yang rendah berat badan semasa lahir.
  2. Bayi-bayi ini lebih berkemungkinan untuk membentuk komplikasi-komplikasi yang akan menjejaskan organ-organ penting dan juga akan lebih mudah terkena jangkitan.
  3. Ibu-ibu yang mempunyai berat badan yang tinggi menghidapi risiko untuk menghidayupi penyakit diabetes mellitus dan melahirkan bayi yang besar. Bayi-bayi ini pula berkemungkinan membesar menjadi kanak-kanak dan orang dewasa yang terlebih berat serta berkecenderungan menghidap penyakit-penyakit seperti diabetes jenis 2 di kemudian hari.
  4. Bayi dengan kecacatan kelahiran. Satu daripada kecacatan kelahiran yang paling lazim adalah kecacatan tiub neural yang berpunca daripada pembentukan otak atau saraf tunjang yang tidak betul akibat daripada kekurangan nutrien-nutrien tertentu sebelum dan semasa kehamilan.
  5. Bayi dengan kecacatan mental dan kerencatan akal. Bayi-bayi ini akan lebih berkemungkinan mempunyai IQ yang lebih rendah dan kerosakan otak serta deria. 
Shaklee menawarkan Vitamin lengkap untuk keperluan nutrisi Ibu-Ibu yang Hamil.


 
 



Vitalea - 1 ke 2 biji sehari


Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

B Complex - 1 ke 2 biji sehari


B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea). 

Vitamin C - 1 biji sehari


Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

Ostematrix - 4 biji sehari


Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahaja kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D (bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg  kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung  dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

Omega Guard - 1 biji sehari


Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 

Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

ESP - 1 sudu besar sehari


Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). 

Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 

DAPATKAN VITAMIN ANDA SEGERA
NANA
016.692.8086

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah