Monday, May 12, 2014

Ingin mengubah hidup anda melalui jalan yang selamat?

DREAM IT, BELIEVE IT, ACHIVE IT!

Bismillah.
Assalammualaikum.

Masa mama saya, Aishah Rahim minta buat perkongsian saya dan shaklee, saya terkejut. Terasa kerdil je diri ni kalau nak banding dengan orang lain. Tapi, on the bright side, saya hanya mahu berkongsi supaya anda yang membaca bersemangat & percaya pada diri.

Saya bermula berjinak dengan Shaklee sejak saya lahirkan anak ke-dua.

Mulanya saya hanya pembaca setia blog kak Aishah Rahim. Macam-macam petua saya belajar dari blog tu, petua nak meneran, cara-cara handle EBM, dan kemuncaknya tentang Shaklee.

Saya bermula dengan Breastfeeding Trial Set. Saya ni jenis pemalas gila makan ubat. Tapi kerana nekad nak sangat anak ke-2 ni breastfeed (dan nak cut cost), saya bulatkan hati makan vitamin Shaklee. Trial sebulan tu, saya makan berbulan-bulan, kerana tak cukup duit & tak suka telan tablet.

Kami suami isteri berpendapatan biasa sahaja. Memang orang biasa-biasa. Yang akan pening bila tiba pertengahan bulan & susah hati tunggu hujung bulan. Yang sanggup redah jalan dengan kereta tak ada road tax, tak servis. Pertaruhkan jugak nyawa pergi kerja. Terpaksa ikat perut semata-mata nak beli susu anak, let go barang kemas.. Allah, memang perit kalau dikenang. Tak ada pilihan lain. Orang biasa-biasa sahaja. Belum lagi jadi bahan fitnah kerana tak mampu.. Tapi nekad saya Cuma satu, walau susah camane pun.. Saya akan elak sangat-sangat meminjam ibubapa/adik beradik atau saudara mara. Tak suka.

Letih rasanya jadi biasa-biasa. Sebab masatu anak dah 2. Saya nekad nak join Shaklee. Dari December 2012 lagi dah berniat, tapi terpaksa saya tangguh sebab tak berani, takut rugi, malu, takut ditipu, takut orang mengata, tak cukup duit, kurang support dan sebagainya. March 2013 baru saya terbuka hati join Shaklee. Itupun ambil masa sebab ada masalah transfer duit dan sebagainya. Hampir putus asa nak join tapi akhirnya Berjaya jugak letakkan sebelah kaki nak ubah hidup..

Langkah saya bermula masa zaman down upline saya (sorry kak aishah). Mama saya selalu bz, masatu pula saya takda handphone canggih yang ada whatsapp semua tu. So, apa saya buat? Saya korek segala info dalam file group facebook. Saya add kak Beeha Yunos (tanpa tahu dia adalah upline kepada upline saya). Saya add Master Cery (pun tak tau apa hubungan dorang ni).. Saya belek fb mereka.. dan saya belajar sendiri. Saya baca n hadamkan file-file yang ada. Saya buat nota dalam excel, buat summary untuk segala penyakit. Itu sahaja sumber saya masatu.

Saya buang semua perasaan-perasaan negative dalam diri. Malu, takut, segan, malas. BUANG TERUS! Sedikit-sedikit saya gain knowledge dan terus belajar. Dalam pada blur-blur tak tahu apa-apa, ada jugak yang nak join jadi downline saya, Nasuha. Dari dia, saya semakin dapat mantapkan knowledge.. Sebab dah ada downline kan? Malu lah kalau anak tanya, mak tak tahu jawab. Saya ni pula jenis tak reti sabar.. Tak boleh menunggu lama, jadi rimas. So saya belajarlah sendiri sebab nak kene ajar anak.

Kalau nak diceritakan suka duka, rasanya 7 hari 7 malam pun tak sudah ni. Apa yang saya amalkan secara ringkasnya ialah;

1. Target – Setiap bulan mesti renew target. Mesti submit Target pada mak.
2. Consistency – Buat apa pun wajib konsisten. Sharing konsisten, amalan konsisten, RCA konsisten.. Insyaallah perjalanan akan jadi mudah
3. Motivasi – kerapkan membaca kisah-kisah motivasi. Terutama bila rasa down. Secara automatic, kita akan dimotivasikan sekali.
4. Restu suami & parents – Tak perlu kisahkan orang mengata, yang penting restu dari orang-orang yang penting ni, sebab bila kita susah, mereka nil ah yang bersama dengan kita.
5. Percaya – Percaya yang satu hari nanti saya pasti akan Berjaya, percaya yang Allah sentiasa bersama saya, sayangkan saya dan akan aturkan yang terbaik untuk saya.
6. Push Factor – Cari push factor masing-masing. Penting sangat push factor ni untuk pastikan kita dimotivasikan untuk terus berdiri kuat.

Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang penglibatan saya dengan Shaklee ialah, kita mesti berani mimpikan apa yang kita nak. Jangan takut nak tulis impian-impian kita. Jangan takut jatuh. Shaklee adalah bisnes yang selamat, tak ada risiko. Kita buat, kita dapat. Kita malas, tak dapatlah.. Konsep mudah. Shaklee ni mudah.. Kalau kita rajin, increament setiap bulan tu akan berdouble-double! Percaya dengan diri, dan jangan takut dengan impian sendiri.

Suka duka dari distributor biasa ke Coordinator ini saya coretkan sedikit sebanyak kat sini, mudah-mudahan dapat jadi pembakar semangat uol yang membaca. Insyaallah saya sambung cerita selepas menjejakkan kaki ke tangga Master Coordinator. Amin.

Ingin mengubah hidup anda melalui jalan yang selamat?
NANA | 016.692.8086

**terdapat beberapa terms yang mungkin anda(bukan family shaklee) tidak faham, jika ingin bertanya lebih lanjut, jangan segan hubungi saya :)

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah