Wednesday, June 25, 2014

Breastfeeding semasa berpuasa?

Breastfeeding adalah 1 fasa yang sangat mencabar bagi seorang ibu. Lagi-lagi yang bekerja.. Harus mengikut jadual mengepam, mengambil makanan berkhasiat, berpantang dan sebagainya. Bagaimana nak kekalkan kuantiti susu badan semasa berpuasa? Sedangkan si ibu berpuasa, tetapi tetap harus membekalkan susu untuk bayi.

Selain mengambil supplement sebagai pelengkap nutrisi si ibu dan juga milkbooster, jom kita baca tips di bawah, :)



1. Penting mengambil makanan yg cukup & seimbang samada pada waktu sahur @ berbuka. Anda perlu sacrifice selera ye..makan jangan pilih yang sedap manis je..kena pastikan zat cukup ikut piramid makanan. Jalan pintas menyediakan nutrisi lengkap? Set 3M ;-)

2. Banyakkan minum soya & susu kerana protein dan lemak adalah komponen utama untuk hasilkan susu. Boleh baca entri bagaimana makanan bertukar kepada susu.


3. Bersahur pada lewat waktu - sunnah..jangan sahur tengah malam ye


4. Lebih kerap mengepam & menyusui bayi - ni wajib ikut rutin ketika tak berpuasa sebab rules demand & supply kunci utama menambah susu badan.


5. Sediakan stok lebih awal sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum puasa. Supaya anda tak stress bila lihat stok EBM..hehe..stress akan ganggu penghasilan susu


6. Banyakkan minum air, sekurang-kurangkan 3 liter ketika berbuka & bersahur. Kita perlukan air untuk kekal bertenaga..saya ambil Performance Drink Shaklee untuk bantu elak terhidrat dan terus bertenaga di siang hari.


7. Banyakkan pengambilan protein (boleh menambahkan susu badan) - Protein lengkap dan berkesan - ESP atau gabungan ikan / daging dengan kekacangan / sayuran.
8. Pengambilan susu, kurma dan jus kurma mampu memberikan tenaga ketika berpuasa. Makanan ini rendah index glisemik. Sama seperti ESP. Ianya lambat di urai lalu berada lama di dalam perut. Menstabilkan paras gula dalam darah untuk tempoh panjang - kekal bertenaga.


9. Makanan popular untuk tambah susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba dan set menyusu Shaklee set 3M.
10. Sepanjang malam ketika boleh makan - susukan bayi sebanyak mungkin kerana ia mampu untuk mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari. Tapi pastikan bayi mendapat hind milk ye.


11. Jika perlu ambillah vitamin & makanan tambahan untuk mendapatkan tenaga sepanjang berpuasa. Jika berkemampuan, ianya adalah pelaburan yang sangat berbaloi


12. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan lagi produksi susu anda


13. Setiap kali sahur, makan 7 biji kurma. Untuk setiap biji yang dimakan, jangan lupa selawat ke atas Nabi saw & niat dlm hati untuk kekalkan penghasilan susu


14. Makan makanan yang lambat hadam ketika bersahur dapat mengelakkan cepat lapar (oat, buah berserat)


15. Jangan terlalu penat atau beremosi sehingga menganggu penghasilan susu badan anda - set Mighty 3 Gems boleh membantu


16. Banyakkan berdoa dipermudahkan urusan


17. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah taala


18. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Khauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan dahaga sepanjang waktu berpuasa


INGINKAN CADANGAN & CONSULTATION SUPPLEMENT PENYUSUAN?
NANA
016.692.8086


KREDIT : FREE VITAMIN

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah