Friday, October 10, 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU



Waaaa banyaknya susu!!!
Untung sangat bayi. Tahniah kepada ibu.

Bukan senang nak menjayakan penyusuan susu ibu ye. Terutama kepada ibu yang bekerja.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, ibu mestilah bersedia mental dan fizikal ketika bayi masih dalam kandungan lagi. Antara tips yang saya amalkan ialah :

  • Banyakkan membaca info-info tentang cara penyimpanan susu, cara memilih pam, cara bayi menyusu dan sebagainya ketika bayi masih dalam kandungan
  • Tekadkan hati untuk menjayakan penyusuan susu kepada bayi
  • Cuci nipple setiap hari bagi merangsang susu (ketika mengandung)
  • Mulakan survey untuk membeli pam seawal yang mungkin, seeloknya beli sebelum bersalin
  • Mulakan pam dan menyimpan stok seawal yang mungkin selepas bersalin
  • Ajar bayi menyusu secara direct walaupun susu masih belum keluar. Elakkan puting susu selagi bayi belum pandai menyusu secara direct.
  • Puting buta bukan penghalang untuk menyusukan bayi. Banyak testimoni ibu yang berjaya menyusukan walaupun mengalami masalah tersebut
  • Study & sediakan makanan dan supplement untuk merangsang pengeluaran susu ibu (Shaklee salah satunya, sangat membantu!)




Dan anda juga perlu,

  1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
  2. Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.
  3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
  4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
  5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
  6. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
  7. Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.
Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik. 

Read More

Wednesday, October 1, 2014

Pendapat peribadi saya tentang ESP Shaklee






Siapa tak kenal dengan ESP -Soy Protein Isolate Powder daripada Shaklee ni kan? Popular sungguh especially di kalangan golongan wanita. Eh, lelaki pun boleh je minum... Tapi biasalah, wanita lebih mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. kann?

Bagi bukan peminum susu macam saya, memang teragak-agak nak cuba. Takut tak boleh telan, takut rasa susu, takut muntah.. etc. Jadi, bagaimana saya yang bukan peminum susu ni ambil ESP??

ESP boleh diambil dengan macam-macam cara. Kesukaan saya, 1 sudu ESP dicampurkan dengan Milo. Tak perlu gula. Tak perlu tambah susu. Cukup dah. Lain sikit rasanya daripada kita minum milo sahaja. Tapi, memang boleh diterima. Rasanya sedap. Selain tu, boleh juga kalau nak shake kan dengan orange juice. Minum sejuk-sejuk. Sedap, segar, kenyang pulak tu!

Yang paling penting, bila saya amalkan ESP secara konsiste, kulit mudah dijaga. Jarang ditumbuhi jerawat. Yang paling penting sekali, kesan-kesan jerawat lama pun makin pudar tau! Pagi-pagi nak pergi kerja tu, takdela kena duduk lama-lama depan dressing table untuk makeup. Bedak ala kadar, sedikit eye-liner n lip balm. Siap. Mudah sangat. Kulit tak kering, takda lagi nampak kusam.. berseri-seri adalah!

Mesti korang tertanya-tanya camane magik tu boleh berlaku. hehehe
ESP ni bersumberkan dari Soya Non-Gmo yang dipelihara dengan baik. Ia mengandungi protein yang asli, tanpa bahan tercemar mahupun chemical dalam pembuatan ESP kita tu. Badan kita pula memang memerlukan Protein untuk membaiki tisu-tisu rosak, otot, kulit dan sebagainya. Dengan pengambilan ESP secara konsisten, Insyaallah.. kulit kita ni akan jadi cantik dan gebu secara semulajadi.

Best kan?
Lagi best, sebab bulan ni PROMOSI ESP.
Dapatlah saya simpan stok lebih sikit untuk kulit saya ni...
Bukan untuk kulit semata-mata tau, banyak lagi kelebihan ESP. Nanti saya akan kupaskan lagi ye?

Nak simpan stok untuk kulit cantik macam saya?
NANA | 016.692.8086

Roger saya segera ok?
Read More

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah