Friday, October 10, 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU



Waaaa banyaknya susu!!!
Untung sangat bayi. Tahniah kepada ibu.

Bukan senang nak menjayakan penyusuan susu ibu ye. Terutama kepada ibu yang bekerja.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, ibu mestilah bersedia mental dan fizikal ketika bayi masih dalam kandungan lagi. Antara tips yang saya amalkan ialah :

  • Banyakkan membaca info-info tentang cara penyimpanan susu, cara memilih pam, cara bayi menyusu dan sebagainya ketika bayi masih dalam kandungan
  • Tekadkan hati untuk menjayakan penyusuan susu kepada bayi
  • Cuci nipple setiap hari bagi merangsang susu (ketika mengandung)
  • Mulakan survey untuk membeli pam seawal yang mungkin, seeloknya beli sebelum bersalin
  • Mulakan pam dan menyimpan stok seawal yang mungkin selepas bersalin
  • Ajar bayi menyusu secara direct walaupun susu masih belum keluar. Elakkan puting susu selagi bayi belum pandai menyusu secara direct.
  • Puting buta bukan penghalang untuk menyusukan bayi. Banyak testimoni ibu yang berjaya menyusukan walaupun mengalami masalah tersebut
  • Study & sediakan makanan dan supplement untuk merangsang pengeluaran susu ibu (Shaklee salah satunya, sangat membantu!)




Dan anda juga perlu,

  1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
  2. Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.
  3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
  4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
  5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
  6. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
  7. Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.
Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik. 

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah