Tuesday, December 30, 2014

Bartholin / Bengkak di Alat Kelamin Wanita

Bartholin Bernanah
Tajuk ini merupakan search keyword yang dicari di blog saya baru-baru ini. Kerana tidak pasti, maka saya pun membuat sedikit study..

Carian di wikipedia, Bartholin bermaksud,
The Bartholin's glands (also called Bartholin glands or greater vestibular glands) are two pea sized compound racemose glands[2] located slightly posterior and to the left and right of the opening of the vagina. They secrete mucus to lubricate the vagina and are homologous to bulbourethral glands in males. However, while Bartholin's glands are located in the superficial perineal pouch in females, bulbourethral glands are located in the deep perineal pouch in males. Their duct length is 1.5 to 2.0 cm and open into navicular fossa.[2] The ducts are paired and open on the surface of the vulva.


Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi bagi menghasilkan cecair sebagai pelincir alami apabila seseorang wanita terangsang nafsunya.

Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholin cyst sebenarnya tidak mendatangkan masalah ketika hubungan seks penetratif dan jika saisnya masih kecil cukup sekedar mendapatkan ‘warm shower’ selama 20 minit 3 kali sehari mungkin membantu mengurangkan kebengkakan.

Kebimbangan sesetengah wanita antara kaitan bartholin cyst dengan kanser sama sekali tidak berasas disebabkan peratusannya menyebabkan kanser sangat rendah. Walaubagaimanapun pesakit boleh memilih samada untuk menjalani pembedahan pada masa yang terdekat walaupun ia sebenarnya masih kecil dan belum mendatangkan masalah atau boleh sahaja menunggu sehingga ia membesar barulah menjalani pembedahan.

Namun jika ia telah membentuk abses Bartholin iaitu bengkak nanah (abcess) yang juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mula merasa sakit serta demam maka jalan keluar yang terbaik adalah mendapatkan rawatan segera.

Secara protokol rawatan terbaik adalah incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu terdapat juga beberapa kaedah pembedahan sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh dilakukan secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada picagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana ia juga membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.

Credit : Klinik Keputihan Dr.Salwa.


Haaaaa.. 
Panjang lebar explanation tersebut kan..
Pendapat peribadi saya pula, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..
Jadi, suka saya sarankan kepada kawan-kawan saya supaya menjaga kebersihan mahkota kita. Cuci bersih-bersih sebelum dan selepas bersama dan sentiasa peka terhadap perubahan tubuh badan kita. Sekiranya ingin mengambil Supplement Shaklee sebagai langkah pencegahan, anda boleh mencuba supplement di bawah;
  • Garlic Complex - Sebagai antibiotik semulajadi dan mencegah jangkitan kuman di alat sulit. Juga membantu masalah keputihan yang teruk.  
  • Alfalfa Complex - Sebagai jamu bagi membantu menyihatkan wanita dari segi dalaman dan luaran.  
  • GLA Complex - Menghalang dan merencatkan pertumbuhan Cyst  
  • Vitamin C - Sebagai agen anti-oksida bagi menjauhkan anda dari jangkitan


Banyak lagi sebenarnya yang boleh diamalkan untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita. Jika anda inginkan penerangan lanjut, feel free to contact me di nombor tertera ya? :)
Read More

Berpantang Tanpa Sembelit + Banyak Susu

Assalammualaikum :)

Alhamdulillah harini dapat testimoni dari loyal customer saya. Daripada nak mengandung, sampai dah mengandung dan dah bersalin makan Shaklee.

Berpantang adalah masa-masa yang sangat getir buat semua ibu-ibu. Dengan jadual yang bertukar, dengan keadaan badan yg lemah, dengan luka jahitan yang masih basah.. penjagaan rapi bukan sahaja perlu difocuskan buat bayi, malah buat si ibu juga...

Sembelit semasa berpantang memang mengerikan. Apabila tak dapat membuang dengan betul, sakitnya seperti gesaan contraction.. Pengalaman sendiri tu. Haha. So, memang mimpi ngeri. Nasib baiklah customer saya ni bersiap sedia sebelum bersalin.. dengan mengambil ostematrix.
Ostematrix untuk ibu berpantang bukan sahaja melancarkan pembuangan najis.. kalsium yang terkandung dalam ostematrix juga membantu tubuh ibu menghasilkan susu badan. Susu badan sangat bermutu tinggi dan sangat tinggi khasiatnya untuk bayi.. Selain itu, ostematrix juga membantu masalah sakit-sakit badan si ibu.

Pengambilan Set Berpantang Shaklee memang sangat digalakkan kerana sumbernya yang semulajadi tidak membahayakan ibu dan bayi.

Seronok sangat bila customer puas hati. Berbunga-bunga hati. Hehehehe

 
Read More

Monday, December 29, 2014

3 HARI TERAKHIR PROMOSI HEBAT SHAKLEE!!

Assalammualaikum..

Untuk yang masih tak tahu, anda masih belum terlambat nak ambil tahu dan ambil kesempatan ini untuk menikmati HARGA PROMOSI yang Shaklee berikan. 3 Item Hot untuk anda dapatkan selewat-lewatnya sebelum 31hb 12 2014.. 11:50pm. Haaa siap kasi masa lagi tu.. hehe

Apa itemnya?

Vitamin E Complex & Sustained Release Vitamin C
Haaa, Hot sangat 2 item ni. Kalau yang ada masalah jewat, jeragat, pigmentasi, parut, nak cerahkan kulit, nak kulit glowing, awet muda.. elok sangat ambil 2 vitamin ni. Kesannya bukan je untuk kulit, untuk kesihatan badan kita sekali.


Collagen Powder
Untuk collagen powder pulak special kes sikit sebab tahun depan Shaklee akan stop sementara penjualannya. Masalahnya, ramai sangat frust sebab Collagen Powder Shaklee adalah antara collagen powder yang sangat berkesan dan terbukti lebih berkesan dari yang lain. Confirmlah bila promosi gini, harganya sangat-sangat berbaloi ok. Rugi sangat buat pencinta Collagen kalau tak grab n buat stok. Expiry Date May 2016. So, anda takkan rugi, malah sangat untung sebab murah!

Kalau nak booking, ambil dan bayar masa gaji pun boleh.
Dengan saya, boleh cerita-cerita ikut keselesaan anda :)
Hubungi saya ya?
Read More

Tuesday, December 23, 2014

Shaklee + Premium Beautiful

Assalammualaikum..

Since dah beranak 2 ni, lemak semakin degil.. bentuk badan semakin kelaut. RISAU RISAUU!! haha.
Sebagai seorang perempuan, siapa yang tak risau betul tak? 1st thing, sayang diri sendiri.. Walaupun ambil Shaklee sebagai supplement, penjagaan luaran pun penting jugak iye tak? 2nd thing, sayang suami. hahaha. gile ko tak sayang suami? :P Macam yg 1st tadi jugak, penjagaan dalaman dan luaran harus seimbang, barulah mantop.. suami sayang gitewww.. 3rd thing, confident level.. Confident level ni subjective sikit.. Macam kita pakai rantai emas baru. Walaupun bertudung, tak ada orang nampak, tapi kita tahu kita rasa cantik dengan rantai baru tu, so confident level meningkat. Sama juga macam pakai PB, siapa peduli kau pakai apa kan? Yang penting diri kita sendiri yang rasa yakin dan cantik.. tak perlu pendapat orang lain :)



So, harini adalah 1st day saya berPB + Shaklee. Consultation terbaik by my officemate (siapa nak contact number, feel free to email/wassap/sms saya ye? Semua ok, walaupun sesak napas sket nak biasakan diri hahaha. Bila pakai baju kurung, wauuuu ada ruang lebih kurang 4 inchi loose. Surprise n excited gila!!

Shaklee tetap No.1, saya tetap ambil supplement Shaklee macam biasa :)
Oh, sejak-sejak PROMOSI Vita C ni, saya ambil 4 biji Vita C sehari. 2 biji pagi, 2 biji petang..
Seronok tengok hasilnya.. pantas dan selamat. Rasa kulit semakin lembab, kesan jerawat semakin berkurang... Seronok! Seronok!!
Read More

Tuesday, December 16, 2014

21 Khasiat Vitamin E untuk anda!


Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji capsule Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:

1 kilogram gandum
500ml minyak safflower
8kg badam
500g badam

Kelebihan Vitamin E 

  1. Menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran UV, kedutan dan jeragat  dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar.  Vitamin E membuatkan anda nampak muda, Vitamin E melambatkan proses penuaan.
  2. Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  3. Meningkatkan imuniti tubuh badan dengan menguatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  4. Meningkatkan libido ( menghangatkan semula hubungan suami isteri)
  5. Anti oksidan.
  6. Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  7. Melegakan kesakitan arthritis dan inflamasi sendi.
  8. Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.
  9. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  10. Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  11. Menyelesaikan masalah kelesuan.
  12. Mengurangkan risiko parut yang besar.
  13. Merendahkan kadar kolesterol.
  14. Membantu mencegah kanser.
  15. Merendahkan risiko katarak.
  16. Sesuai utk semua golongan usia : remaja, ibu menyusu,semasa berpantang,suami isteri, warga emas
  17. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan
  18. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar
  19. Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap di aerola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  20. Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
  21. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka
Read More

Monday, December 15, 2014

Cegah & Rawat Ulser Mulut / Mata Ikan






Ulser Mulut / Mata Ikan memang perit kalau terkena. Tetapi ada sesetengah orang yang terlalu kerap dijangkiti. Walaupun tidak bahaya, ia mengganggu cara pemakanan dan emosi kita.
Salah satu cara untuk mencegah daripada terjadinya Ulser Mulut adalah dengan mengambil cukup nutrisi untuk tubuh badan kita. Salah satunya ialah Vitamin C. Vitamin C membantu anda menguatkan imun system dan seterusnya menghalang anda dari mudah mendapat jangkitan, termasuk ulser mulut atau seringkali kita panggil mata ikan ni.. 

Vitamin C tidak dapat dihasilkan dengan semulajadi oleh badan. Kita perlu mengambilnya dari sumber luar. Vitamin C yang sangat sensitif dan mudah terhapus ni sangat sangat diperlukan oleh badan kita bukan sahaja untuk kesihatan, malah untuk kecantikan :)

Bulan ni sedang promosi. Kalau nak cuba, inilah masanya. Harga yang lebih berbaloi..
Jom tambah ilmu, baca penerangan lanjut tentang Ulser Mulut.


Sumber : http://farmasianis.tripod.com
Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.


Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini ?


Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.



Tanda-tanda


Tanda-tanda yang selalu dirasai :

bullet
tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
bullet
ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
bullet
sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.



Sebab-sebab terjadinya ulser mulut

Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :


bullet
kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
bullet
daya menahan sakit yang lemah.
bullet
kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
bullet
tekanan perasaan (stress).
bullet
alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
bullet
penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
bullet
pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).


Langkah-langkah yang boleh anda lakukan


bullet
jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
bullet
kurangkan air berasid.
bullet
gunakan antiseptik untuk berkumur.
bullet
letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
bullet
letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
bullet
minum air dengan banyak.
bullet
elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
bullet
ambil mineral zink dan zat besi.
bullet
tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
bullet
vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
bullet
untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
bullet
pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.



Buat pemeriksaan lanjut

Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya :

bullet
ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
bullet
ulser berdarah.
bullet
tidak sembuh dalam masa 3 minggu. 


Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.
Read More

Masalah Period Pain / Senggugut teruk? Saya testimoninya!

PERIOD PAIN / SENGGUGUT adalah perkara biasa yang kita dengar dari seorang perempuan. Tak kira remaja atau dewasa, semua perempuan boleh mengalami period pain.

Dari remaja, saya memang bergantung dengan ubat-ubatan setiap kali datang period. Apabila dewasa, berkahwin dan melahirkan anak, saya masih mengalami masalah yang sama dan kadangkala lebih teruk. Bayangkan setiap bulan saya terpaksa mengambil MC kerana sakit yang tak tertahan. 

Apabila kenal Shaklee dan mula mengamalkan GLA Complex, Period Pain tinggal sejarah. Pada permulaan pengambilan, saya masih perlu bergantung pada GLA Complex ini untuk meredakan kesakitan. Apabila terasa sakit, saya terus makan sebiji GLA Complex dan selepas beberapa minit, sakit beransur hilang dan period pun berjalan lancar... Lepas beberapa bulan pengambilan, saya perasan, sakit ketika period semakin berkurang dan seterusnya tak sakit langsung. Saya cuma makan GLA Complex untuk kesihatan dan kecantikan je sekarang ni. Alhamdulillah. 

So, secara personally saya memang suggest mereka yang bermasalah senggugut, tak kira remaja atau yang dah dewasa untuk mencuba GLA Complex. Bukan sahaja untuk masalah period pain anda, tetapi juga untuk kesihatan dan kecantikan. :)



Sumber : http://www.al-islamhospital.com.my

- Dr Norlida bt Hj Kairon
Insan yang dipanggil wanita ini melalui berbagai fasa dalam hidup mereka samada dari fasa baligh,reproduktif seterusnya menopos. Yang pastinya ia tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid bulan-bulan. ‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’ atau haid semuanya sama. Pasti tidak lengkap sekira ingin mendalami masaalah seseorang wanita tersebut, tanpa sejarah haidnya.
Pengaliran haid setiap insan wanita itu berlainan dengan yang lain. Dari segi jumlah hari aliran juga kitarannya. Yang pasti ada pula yang mengalami senggugut ataupun sebaliknya

APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.

SENGGUGUT PRIMER
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
-  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;

* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang

Faktor risiko
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut

Kenapa ia berlaku?
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon  ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?

Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?
Tanpa ubat:
-   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan   berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
-   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
-   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
*  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.

Dengan Ubat:
-  sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah

Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut
Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.

Senggugut sekunder
Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.

Rawatan Senggugut sekunder
Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.
Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.

Komplikasi
Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya.  Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.
Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.
Read More

Thursday, December 11, 2014

Happy Birthday Sultan Selangor!

Assalammualaikum.
Seronoknya harini cuti. Hehehe.

Kedai Shaklee saya dibuka seperti biasa. Saya masih menerima pertanyaan demi pertanyaan especially tentang item promo. Yela bukan selalu Shaklee kasi promo kan. Setiap bulan berlainan..

Cuti-cuti harini saya masak ikan siakap 3 rasa je. Masak laju laju sebab lambat pegi kedai, lambatla masaknye.. pukul 1 lebih baru siap masak.. simple-simple je... janji homemade ye tak.. 😊

Read More

Wednesday, December 10, 2014

December TRIPLE Promotion | Vita E, Vita C & Collagen Powder

Untuk yang masih tak tahu, Shaklee dah announce 2 promotion sejak 1 December 2014 yang lalu. Wowww sangat sebab ke dua duanya adalah item yang HOT. Baik untuk kulit, baik untuk kesihatan dalaman dan sebagainya..

Haa.. ada 2 jenis promotion untuk ke dua-dua item sebenarnya. Kalau beli 6, PERCUMA 1. Kalau macam kurang bajet, nak beli 2, dapat less 5%.. Kalau nak beli 1-1 pun boleh.. Contact je saya, saya akan bantu anda mendapatkan Vitamin C atau Vitamin E pada harga promo which is sangat-sangat berbaloi....


Hari ini pula, Shaklee kasi kejutan lagi. Collagen Powder pun Promosi juga. Iaitu BELI 3, PERCUMA 1. Murah sangat kalau di kali dan dibahagikan. Sangat-sangat murah sampai saya sendiri rasa macam nak ambil je 1 set terus! Suka sangat collagen powder ni sebab kesannya sangat instant dan sumbernya juga sangat semulajadi tau. Macam promosi di atas juga, kalau nak beli 1-1 pun boleh. Contact je saya, saya akan assist anda sebaik mungkin :)


Read More

Tuesday, December 9, 2014

Minuman Penghilang Dahaga

Minuman Penghidratan Tulen





Memuaskan Dahaga Para Juara
Penyahhidratan merupakan faktor utama yang sering mengakibatkan kelesuan dan menjejaskan prestasi atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.
Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.
Terbukti secara Klinikal
  • Ujian makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa Performance Shaklee membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka)
Ambil yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik
  • Dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi anda, membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan.
Jaminan Ketulenan Shaklee
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis atau pengawet
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Read More

Penyakit Kardiovaskular, Pembunuh No 1 di Malaysia

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia
penting untuk tubuh kita?


CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.



CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.3 CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah.4 Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapakah jumlah pengambilan dietari
Coenzyme Q10 yang kita perlukan?


Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.
Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.5



Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah6 bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita ini.

Penyelesaian untuk Anda
CoQHealth™ Plus


CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Dos pengambilan
Sebiji kapsul sehari selepas makan.

Jauhi daripada kanak-kanak. Bagi perempuan mengandung, menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan darah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya.


Perbezaan Shaklee

  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth™ Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semula jadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • Tanpa Gluten.
Read More

Tips melawan malas pergi kerja

Haaa rasanya ni masalah semua orang ni. Malas sangat pergi kerja, liatnyaaa nak bangun pagi bila teringat kena pergi kerja.... Malasnya...Ngantuknyaaa... kan? hehehehe


Nah, beberapa tips dari saya.
  1. Sebelum tidur, minum segelas susu suam. Atau, untuk bukan peminum susu macam saya, saya makan 4 biji Ostematrix sebelum tidur. Kalsium yang cukup memberikan anda tidur yang lena. Badan anda akan relaks dengan sepenuhnya, Insyaallah.
  2. Membaca doa tidur dan niatkan nak bangun awal untuk Tahajud, Subuh, nak prepare breakfast.. nak pergi kerja kerana tanggungjawab dan sebagainya. Bila kita berpesan kepada roh kita, insyaallah esoknya mudah je badan kita bangun macam yang kita dah niatkan..
  3. Tidur berjadual. Kalau boleh, pastikan anda tidur dan bangun pada masa yang sama. Ini melatih badan anda lebih berdisiplin.
  4. Ambil Vitalea (multivitamin) untuk membantu anda lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari. Selain itu, anda juga boleh mengambil B-complex dan Vitamin C sekali gus bersama Vitalea tadi selepas sarapan. Bcomplex menghindari anda dari tekanan manakala Vitamin C untuk kesihatan keseluruhan termasuk kulit.
Kesimpulannya, rasa malas adalah berpunca dari badan yang letih, lesu dan tak bermaya. Jadi, adalah menjadi tugas kita untuk menjaga tubuh badan kita dari masalah ini. Kerana, kalau berlarutan, bukan sahaja mengganggu prestasi kerja kita...malahan tubuh badan kita akan jadi semakin melarat, kulit akan menjadi kusam..mata akan kelihatan sembap tak berseri.. badan akan menjadi lemah dan sebagainya.

Semoga bermanfaat :)
Read More

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah