Tuesday, December 30, 2014

Bartholin / Bengkak di Alat Kelamin Wanita

Bartholin Bernanah
Tajuk ini merupakan search keyword yang dicari di blog saya baru-baru ini. Kerana tidak pasti, maka saya pun membuat sedikit study..

Carian di wikipedia, Bartholin bermaksud,
The Bartholin's glands (also called Bartholin glands or greater vestibular glands) are two pea sized compound racemose glands[2] located slightly posterior and to the left and right of the opening of the vagina. They secrete mucus to lubricate the vagina and are homologous to bulbourethral glands in males. However, while Bartholin's glands are located in the superficial perineal pouch in females, bulbourethral glands are located in the deep perineal pouch in males. Their duct length is 1.5 to 2.0 cm and open into navicular fossa.[2] The ducts are paired and open on the surface of the vulva.


Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi bagi menghasilkan cecair sebagai pelincir alami apabila seseorang wanita terangsang nafsunya.

Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholin cyst sebenarnya tidak mendatangkan masalah ketika hubungan seks penetratif dan jika saisnya masih kecil cukup sekedar mendapatkan ‘warm shower’ selama 20 minit 3 kali sehari mungkin membantu mengurangkan kebengkakan.

Kebimbangan sesetengah wanita antara kaitan bartholin cyst dengan kanser sama sekali tidak berasas disebabkan peratusannya menyebabkan kanser sangat rendah. Walaubagaimanapun pesakit boleh memilih samada untuk menjalani pembedahan pada masa yang terdekat walaupun ia sebenarnya masih kecil dan belum mendatangkan masalah atau boleh sahaja menunggu sehingga ia membesar barulah menjalani pembedahan.

Namun jika ia telah membentuk abses Bartholin iaitu bengkak nanah (abcess) yang juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mula merasa sakit serta demam maka jalan keluar yang terbaik adalah mendapatkan rawatan segera.

Secara protokol rawatan terbaik adalah incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu terdapat juga beberapa kaedah pembedahan sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh dilakukan secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada picagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana ia juga membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.

Credit : Klinik Keputihan Dr.Salwa.


Haaaaa.. 
Panjang lebar explanation tersebut kan..
Pendapat peribadi saya pula, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..
Jadi, suka saya sarankan kepada kawan-kawan saya supaya menjaga kebersihan mahkota kita. Cuci bersih-bersih sebelum dan selepas bersama dan sentiasa peka terhadap perubahan tubuh badan kita. Sekiranya ingin mengambil Supplement Shaklee sebagai langkah pencegahan, anda boleh mencuba supplement di bawah;
  • Garlic Complex - Sebagai antibiotik semulajadi dan mencegah jangkitan kuman di alat sulit. Juga membantu masalah keputihan yang teruk.  
  • Alfalfa Complex - Sebagai jamu bagi membantu menyihatkan wanita dari segi dalaman dan luaran.  
  • GLA Complex - Menghalang dan merencatkan pertumbuhan Cyst  
  • Vitamin C - Sebagai agen anti-oksida bagi menjauhkan anda dari jangkitan


Banyak lagi sebenarnya yang boleh diamalkan untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita. Jika anda inginkan penerangan lanjut, feel free to contact me di nombor tertera ya? :)

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah