Monday, December 15, 2014

Cegah & Rawat Ulser Mulut / Mata Ikan






Ulser Mulut / Mata Ikan memang perit kalau terkena. Tetapi ada sesetengah orang yang terlalu kerap dijangkiti. Walaupun tidak bahaya, ia mengganggu cara pemakanan dan emosi kita.
Salah satu cara untuk mencegah daripada terjadinya Ulser Mulut adalah dengan mengambil cukup nutrisi untuk tubuh badan kita. Salah satunya ialah Vitamin C. Vitamin C membantu anda menguatkan imun system dan seterusnya menghalang anda dari mudah mendapat jangkitan, termasuk ulser mulut atau seringkali kita panggil mata ikan ni.. 

Vitamin C tidak dapat dihasilkan dengan semulajadi oleh badan. Kita perlu mengambilnya dari sumber luar. Vitamin C yang sangat sensitif dan mudah terhapus ni sangat sangat diperlukan oleh badan kita bukan sahaja untuk kesihatan, malah untuk kecantikan :)

Bulan ni sedang promosi. Kalau nak cuba, inilah masanya. Harga yang lebih berbaloi..
Jom tambah ilmu, baca penerangan lanjut tentang Ulser Mulut.


Sumber : http://farmasianis.tripod.com
Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.


Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini ?


Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.



Tanda-tanda


Tanda-tanda yang selalu dirasai :

bullet
tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
bullet
ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
bullet
sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.



Sebab-sebab terjadinya ulser mulut

Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :


bullet
kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
bullet
daya menahan sakit yang lemah.
bullet
kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
bullet
tekanan perasaan (stress).
bullet
alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
bullet
penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
bullet
pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).


Langkah-langkah yang boleh anda lakukan


bullet
jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
bullet
kurangkan air berasid.
bullet
gunakan antiseptik untuk berkumur.
bullet
letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
bullet
letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
bullet
minum air dengan banyak.
bullet
elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
bullet
ambil mineral zink dan zat besi.
bullet
tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
bullet
vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
bullet
untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
bullet
pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.



Buat pemeriksaan lanjut

Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya :

bullet
ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
bullet
ulser berdarah.
bullet
tidak sembuh dalam masa 3 minggu. 


Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah