Tuesday, December 9, 2014

Tips melawan malas pergi kerja

Haaa rasanya ni masalah semua orang ni. Malas sangat pergi kerja, liatnyaaa nak bangun pagi bila teringat kena pergi kerja.... Malasnya...Ngantuknyaaa... kan? hehehehe


Nah, beberapa tips dari saya.
  1. Sebelum tidur, minum segelas susu suam. Atau, untuk bukan peminum susu macam saya, saya makan 4 biji Ostematrix sebelum tidur. Kalsium yang cukup memberikan anda tidur yang lena. Badan anda akan relaks dengan sepenuhnya, Insyaallah.
  2. Membaca doa tidur dan niatkan nak bangun awal untuk Tahajud, Subuh, nak prepare breakfast.. nak pergi kerja kerana tanggungjawab dan sebagainya. Bila kita berpesan kepada roh kita, insyaallah esoknya mudah je badan kita bangun macam yang kita dah niatkan..
  3. Tidur berjadual. Kalau boleh, pastikan anda tidur dan bangun pada masa yang sama. Ini melatih badan anda lebih berdisiplin.
  4. Ambil Vitalea (multivitamin) untuk membantu anda lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari. Selain itu, anda juga boleh mengambil B-complex dan Vitamin C sekali gus bersama Vitalea tadi selepas sarapan. Bcomplex menghindari anda dari tekanan manakala Vitamin C untuk kesihatan keseluruhan termasuk kulit.
Kesimpulannya, rasa malas adalah berpunca dari badan yang letih, lesu dan tak bermaya. Jadi, adalah menjadi tugas kita untuk menjaga tubuh badan kita dari masalah ini. Kerana, kalau berlarutan, bukan sahaja mengganggu prestasi kerja kita...malahan tubuh badan kita akan jadi semakin melarat, kulit akan menjadi kusam..mata akan kelihatan sembap tak berseri.. badan akan menjadi lemah dan sebagainya.

Semoga bermanfaat :)

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah