Monday, November 9, 2015

Pengumuman dari Shaklee tentang kes Viral Master Shareeza

Klik untuk paparan yang lebih jelas :)
Read More

Thursday, October 22, 2015

Kepentingan B-Complex kepada badan kita

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.
 
Tanda - tanda Kekurangan B Complex

  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
  

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin keluaran Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

Jadi, ambillah Vitamin Shaklee tanpa ragu kerana B complexnya adalah lengkap dan asli.
Read More

Friday, September 11, 2015

TREND KEMATIAN TERKINI : MATI MENGEJUT


Korang ada tak kawan-kawan yang usia lebih kurang macam korang....
Tiba-tiba dapat berita, meninggal. Punca? Heart Attack.

Dulu, kalau drama-drama melayu... Heart Attack ni penyakit business man tua yang kaya-kaya. Ada berita mengejutkan lalu terkejut dan sakit dada pastu kelam kabut cari ubat pastu kelam kabut nak capai segelas air tapi tak sempat, lalu pengsan dan gelas air tu tumpah..... Betul tak? Nampak sangat kau ni banyak tengok drama nana! ahaha. Tapi betul.... dulu. Sekarang?

Muda-muda dah kena strok.
Muda-muda dah kena serangan jantung.

Makanan kat negara kita sangat mewah dengan kolestrol. Kalau tak dijaga atau dikawal, tak mustahil kita pun tergolong dalam golongan itu. Muda-muda mati mengejut. MashaAllah. Mintak dijauhkan dari kita semua. Sebab itu, pengambilan supplement itu penting bagi membantu masalah pembunuh senyap ini.


Read More

Tajaan ke Bangkok untuk ahli Shaklee!

Berita baik untuk anda yang dah lama terfikir-fikir nak jadi ahli Shaklee!

Jadi ahli Shaklee (RM69, tidak termasuk postage), anda layak untuk mendapat tajaan ke Bangkok pada tahun hadapan. Wowww. Betul ke ni? Betul....... terms and conditions applied.

Selepas mendaftar, saya akan terangkan dengan lebih lanjut berkenaan percutian PERCUMA ini. Bukan sahaja dapat percutian percuma, income anda juga minimum 4 angka tau! OOOpssss, Shaklee bukan pelaburan cepat kaya.. dont worry! :)

Info Lanjut?
cepat2 hubungi saya ye..!


Read More

Wednesday, May 13, 2015

DAFTAR KEAHLIAN, PERCUMA VITALEA RM88+

Sempena Vitalea berusia 100 Tahun pada tahun ini, Shaklee nak kasi Vitalea ni for FREE je!
Alahai ruginya kalau tak grab. Cuma perlu jadi ahli dan beli mana-mana produk Shaklee pada harga ahli dan anda akan dapat PERCUMA VITALEA IRON FORMULA yang berharga RM88+.

Haaaa kau!
Di saat semua benda melambung naik harganya, Shaklee nak kasi FREE je.

Macamana nak mendaftar?
Hubungi NANA  (016.692.8086) segera!


Read More

Mudahnya Merawat Darah Tinggi Dengan Shaklee

Apa Itu Penyakit Darah Tinggi?

Definisi
Penyakit darah tinggi ialah apabila tekanan darah keatas dinding arteri berlebihan. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk masalah jantung dan strok.

Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang di pam oleh jantung dan jumlah rintangan arteri disebabkan arteri yang semakin sempit. Semakin banyak darah dipam dan semakin sempit arteri, semakin tinggilah tekanan darah seseorang.
keratan arteri


Tekanan Darah

Diukur dari dua bacaan iaitu ketika jantung mengepam (sistolic), bacaan atas dan ketika jantung berehat (diastolic) bacaan bawah.
Tekanan darah normal ialah bacaan atas 100-140, dan bacaan bawah 60-90, tekanan darah tinggi terjadi apabila bacaan melebihi 140/90.

Tanda-tanda Tekanan Darah Tinggi
Salah satu aspek merbahaya tentang penyakit ini ialah ramai yang tidak menyedari telah memilikinya. kajian menunjukkan hampir satu pertiga pengidap tidak menyedarinya.
Makanya mencegah adalah sebaik-baik langkah disamping mendapatkan ujian tekanan darah berkala.

Set Darah Tinggi Shaklee
 
Set Asas 5
Badan terdiri dari sel-sel, sel-sel akan membentuk tisu, tisu-tisu membentuk organ (mata, jantung, paru-paru), gabungan organ-organ tertentu membentuk sistem ie sistem jantung, sistem saraf dsb.

Maka, untuk badan yang sihat, sistem kena sihat, organ kena sihat, tisu kena sihat dan sel kena sihat. 

Untuk sel yang sihat pastikan setiap bahagian sel mendapat makanannya.

Sel tak kenal nasi lemak, mee goreng dsb tapi berapa banyak essential vitamins dan essential minerals yang diperolehi setiap hari adakah memenuhi daily requirement.

Set Asas 5 memastikan keperluan diatas dipenuhi, secara ringkasnya boleh disimpulkan manfaatnya seperti berikut:

1 – Protin Lengkap, ESP
Gabungan kesembilan amino asid mampu membina mana2 bahagian sel-sel yang rosak atau mati, kecuali sel otak yang mati tidak akan berganti.

2 - Vitalea, Multi Vitamin dan Multi Mineral Wajib
Wajib atau essential bermakna mesti dapat tapi badan tak boleh buat mesti datang dari luar, makanan sel hujung rambut sampai hujung kaki.

3 – Vitamin C Sustained Release
Mencegah kolesterol dan lemak menjadi keras dalam arteri yang menyebabkan mendapan dan penyempitan. Arteri yang kurang vitamin C juga boleh menjadi keras dan kurang elastik dan boleh pecah yang mana keadaan ini sangat bahaya.

4 – B Kompleks Lengkap
Salah satu peranan yang penting ialah dia mangawal stress secara semulajadi, lebih berfikiran positif, tenang, kurang nak marah, stress memburukkan keadaan pesakit darah tinggi dan meningkatkan pengeluaran kolestterol lagi.

5 – Ostematrix
Kalsium, Magnesium, Phosforus, Vitamin D Formula Lengkap Seimbang. Antara  peranan kalsium magnesium yang seimbang ialah akan menstabilkan degupan jantung, kalsium nutrien penting untuk otot dan tulang dan otot terbesar dan terpenting kita ialah jantung, so nampakkan kaitannya.

Set Darah Tinggi
  1. Vitamin E, kategori antioksidan seterusnya selepas vitamin C, mencegah kolesterol mengeras dalam arteri, dan mencairkan darah, jadi walaupun arteri sempit, darah masih boleh mengalir.
  2. OmegaGuard, untuk pecahkan kolesterol, maka ia bertindak dipunca masalah.
  3. Lecithin, untuk pecahkan lemak, antara punca masalah penyempitan arteri.
  4. Alfalfa Complex –  untuk kes kencing manis dan darah tinggi, alfalfa yang amat tinggi kandungan fiber, sangat penting kerana ia bertindak sebagai penapis darah dari segala yang merbahaya seperti kolesterol, lemak, gula, racun, angin dsb. Melawaskan buang air kecil dan besar, lemak dan kolesterol yang tersimpan lama diusus besar akan diserap balik ketika badan memerlukan lebih tenaga, dengan kehadiran alfalfa dapat mencegah ini dari berlaku.
  5. Phytocol ST, antara produk terkini yang dicipta khas untuk mencegah kolesterol baru dari melepasi dinding perut dan masuk kedalam darah bersih. Kesan dapat dirasa agak segera.
  6. Coq Health, vitamin yang menguatkan sel-sel 4 organ penting yang setiasa bekerja kuat dalam badan kita iaitu jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
  7. Vivix vitamin super antioksidan shaklee, dikatakan serangan radikal bebas punca kepada lebih kurang 50 penyakit, bererti kebanyakan penyakit mampu dicegah dan dirawat dengan Vivix.
Read More

Thursday, April 2, 2015

April 2015 PROMOTION


Dalam sibuk-sibuk semua barang naik dek kerana GST, Shaklee tetap kasi PROMOTION terbaik untuk semua pengguna setianya. Siap FREE GIFT lagi. Haaa mana nak dapat kan.. Shaklee je kasi! Jom semak-semak Supplement apa yang promo bulan ni :)

DTX Complex - Salah satu proses detox yang melibatkan organ terpenting dalam badan kita iaitu HATI. DTX membantu tubuh kita menyingkirkan toksin dari hati kita.

Vitalea For Children - Multivitamin khas yang direka untuk keperluan lengkap kanak-kanak.

Cinch Shake - Promotion untuk perasa Coklat dan Cinch Latte, Protein Drinks yang memberikan anda rasa kenyang dan puas semasa program menurunkan berat badan.

GLA Complex - Idaman setiap wanita. Membantu mengawal dan menstabilkan hormon. Menggalakkan kesuburan dan mencantikkan kulit. Juga membantu mengatasi masalah period pain.

Lecithin - Pengemulsi lemak yang handal, membantu tubuh anda membakar lemak dan menghalang diserap terus oleh badan.

Jom dapatkan segera dari NANA ye? Consultation terbaik PERCUMA sepanjang hayat :)





Read More

Tuesday, March 3, 2015

17 Rahsia dan Kebaikan Zinc Complex



Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc.

Bulan ini ada promosi Zinc Complex tau, dah la memang murah, promosi pulak, bertambah-tambah-tambah MURAH! :)

  1. Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  3. Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  4. Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  5. Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  6. Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  7. Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  8. Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  9. Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  10. Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  11. Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  12. Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  13. Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  14. Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  15. Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  16. Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  17. Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.


Zink ialah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda.

Menyokong dan Mengekalkan Kesihatan

Zink Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Read More

Tuesday, February 10, 2015

Sijil Halal Shaklee untuk tahun 2015

Klik untuk paparan lebih jelas.

Read More

Monday, February 9, 2015

Promo February yang SUPERBEST!!

Assalammualaikum!
Sorry sangat sebab lambat update PROMO February kat blog pepel kecintaan ni. hehe. Bz apa tah ko ni nana? heheee.

Oklah, let see apa yang PROMO. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Jangan terkejut ataupun murka sekiranya anda baru sahaja membeli item-item tersebut bulan lepas. hehe. Apa nak risau, boleh booking dan beli untuk kegunaan akan datang bukan? :)


Tadaaa... Ha ko! 4 item dalam PROMOSI tauuuu...
Vitalea for Children, Vitalea, Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet.
Wauuu sangat sebab bila 4 item ni PROMO, kebanyakan set-set akan turun harga.
TAK PERCAYA? Tak perlu percaya, Email/WhatsApps/SMS/Call je saya segera, saya akan khabarkan kebenarannya. hehehe

So, Set apakah yang terlibat menjadi semakin murah?

  1. Set Kesihatan Kanak-Kanak (Asthma, Kurang Berat Badan, Selalu Sakit, Kecerdasan etc)
  2. Set Mengandung
  3. Set Menyusu
  4. Set Bersalin / Berpantang
  5. Set Kesuburan Suami Isteri
  6. Set Kesihatan Optimum
  7. Set Sendi (Sakit Lutut, Sakit Pinggang, Sakit Bahu)
  8. Set Letih-Letih (pun ada? haha. ada uols!)
  9. Set Kulit
  10. Set Menaikkan Berat Badan
Eh banyak lagi. Tak tertulis. Meh PM untuk info lanjut okay?

Read More

Tuesday, January 27, 2015

Agen detox untuk pengamal LOW CARBS DIET

Bentuk badan yang sihat dengan BMI seimbang adalah impian setiap orang kan?
Tapi tak semua orang dikurniakan dengan kecantikan luaran yang sangat perfect. Ada yang kene berusaha keras untuk mendapatkannya. Ada pulak yang hentam je nak makan apa pun, badan still solid molid bak model. Untunglaaaaaa... kan?

Biasanya kalau sebut pasal DIET, semua orang mesti tercari-cari cara detox. Detox tu apakah?

Detoxification is the physiological or medicinal removal of toxic substances from a living organism, including, but not limited to, the human body, which is mainly carried out by the liver. By Wikipedia

Ha, secara ringkasnya.. Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Badan yang tidak detox akan mengumpulkan toksin yang berpunca dari alam persekitaran, makanan & minuman, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan
Haaaa nampak tak? kita mungkin tak perasan sebenarnya semua tu melekat kat badan kita. Selain minum air yang banyak untuk proses detox, anda juga bolehlah mencuba Alfalfa Complex daripada Shaklee untuk membantu proses detox. Selain mempunyai carbs yang rendah, Alfalfa Complex mempunyai banyak kebaikan lain untuk kesihatan kita. Supplement bukanlah ubat, tetapi supplement ialah makanan tambahan yang memang diperlukan untuk menyokong proses dalam tubuh badan kita, Insyaallah.

Kandungan carbs 2g sahaja untuk 10 biji Alfalfa Complex.

Read More

Wednesday, January 21, 2015

Bebola Ayam idaman hatiku..

Tajuk tak menahan.. hahaha
Ampunkan keterlanjuran penulis ye.
Memasak adalah salah satu daripada interest saya. Selain suka makan, mestilah suka masak juga. Kau jangan tahu nak makan sahaja ok? Kau tu perempuan. eheheh terbebel pulak!



oklah,

Kalau anda ada singgah di fb saya malam tadi, mesti anda terperasankan gambar bebola ayam homemade ittewww hehehehe. Ramai rupanya yang minat. Ada yang mintak resepi, ada yang tag husband sendiri, ada yg pm tanya sukatan. HEHEHE. Sesungguhnya saya main campak-campak aje. Anggaran sahaja ye.. ok, meh saya share resepinya dengan lebih lengkap, tetapi masih lagi campak-campak sebab saya main agak jeeeee.. tak ikut sukatan pon.

Nampak sedap? ok laaa.. sedap sangat pun tak, tapi not bad la sebab boleh makan. Dan yang pastinya, no carbs. Tiada tepung at all. ok jom saya listkan camane saya buat..
  1. Isi ayam, saya buang tulang dan kulitnya. Potong size sederhana kecik, dan blend. Saya guna 3 ketul bahagian dada. Blend sikit-sikit, jangan letak air langsung. Nanti lembik uols.
  2. Lepas dah blend, saya masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan rencah-rencahnya. Antara bahan yang saya campak-campak dan agak-agak ialah garam, mix spices, black peppers, jintan halus, dan lada putih. Saya memang nak dia rasa pedas-pedas sikit supaya tak muak. Kemudian saya nak kasi dia wangi dan berseri-seri, jadi saya tambahkan hirisan daun sup dan daun bawang. Niat di hati nak tambah bawang goreng tapi masatu dah lewat malam.. malas malasss dengan harapan bebola ayamku sedap tanpa bawang goreng mihmihmih.
  3. Perapkan dan biarkan seketika. Sambil-sambil tu bolehlah kemas-kemas dapur dan sinki supaya suami tak jeling-jeling masak bersepah hahahah.
  4. Panaskan periuk yang berisi air, tunggu sampai mendidih. Sukatan air adalah sebaldi. ok tipu, agak-agak jugak, sukati mengkome lah ye... 
  5. Bulat-bulatkan perapan tadi. Bear in mind yang ayam kita tadi memang lembik, tapi janganlah runsing sebab bila dah rebus nanti, dia akan okay. Jangan kedap-kedapkan sebab nanti bebola korang keras macam bola golf. Kalau bentuk dia tak cantik sangat tu, korang basahkan sikit tangan dan bulatkan balik. Permukaan bebola tu akan cantik bak bebola yang dijual di kedai. *tipu jugak. bebola kat kedai tu banyak tepung, sebab tu cantik. Bebola kita ini isi semata-mata, jadi rupa dia memang tak berapa nak cantik. Tak kisahlah, janji homemade lagi berkhasiat.
  6. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bebola tadi. Jangan banyak-banyak, masukkan sikit-sikit. Korang akan nampak keajaiban sebab bebola korang jadi sangat cantik bila dah rebus. Tunggu sampai bebola tu timbul sendiri. Air mesti mendidih ye, kalau tak, bebola korang akan melekat kat dasar periuk.
  7. Bila dah timbul, bolehlah angkat dan toskan.
  8. Sebab hasilnya banyak, saya sejukkan dan froze kan untuk kegunaan akan datang. Actually lepas rebus tu dah boleh makan dah... sempat jugaklah saya ngap 2 biji kerana gedik tak sabar nak rasa sedap ke idakk.. hehe. not badlah. kira menjadi. next time boleh buat lagi. 
  9. Korang boleh goreng, buat sup, masak dengan sayur atau apa sahaja yang korang suka dengan bebola tadi. Boleh jugak kalau nak variasikan dengan campuran apa-apa bahan yang korang suka. Masak ni kene kreatip ;)
Till we meet again.
Bebola ayam semalam saya gorengkan dan bawak bekal untuk harini.. Yeay!


Read More

Tuesday, January 20, 2015

8 FAKTA PENTING TENTANG VITALEA FOR CHILDREN


Bestnya Vitalea for children niiiii~
Rasanya manis-manis ribena gitewww..

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.

Fakta PENTING Vita-Lea for Children Shaklee:

  • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Memberi 100% nilai harian vitamin C
  • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  • Berasaskan phytonutrien semulajadi
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
 







Paling MENARIK, Vitalea for Children ni ada promosi bulan ni...
Haaa promosi apa?? BUY 3 FREE 1 laa ape lagi.... hihi
Best kannnn... dapat beli dengan herga yang lebih murah. Dapat percuma lagi!
Paling penting, sangat berkhasiat untuk anak-anak kita.. :) 

Cepat-cepat roger nana di nombor tertera ya?


PROMOSI BULAN JANUARY 2015


Read More

Wednesday, January 14, 2015

Anda tahu tak, anda mampu menggalakkan pengeluaran kolagen secara semulajadi?


Assalammualaikum.
Harini saya nak share tentang testimoni customer saya yang beli 2 botol Sustained Release Vitamin C PROMO bulan lepas. Alhamdulillah selepas 3 minggu penggunaan, akhirnya dia nampak perubahan lepas ramai kawan-kawan tegur kulitnya nampak lebih cerah! Wahhh. Seronok sangat dengar.

Bagi kita yang masih muda ni (hihi perasan muda ye nana), pengambilan collagen sebenarnya tak berapa perlu. Kerana badan kita masih mengandungi collagen semulajadi. Collagen semulajadi di dalam badan kita ni akan berkurang seiring dengan usia kita. Sebab tu kita tengok kulit baby sangat cantik... halus bersih dan mulus je kan... kalaulah kulit kita boleh secantik itu.. hihihi.

Bila kita dewasa, collagen semakin berkurang kesan dari pencemaran alam sekitar dan pemakanan kita. Pendedahan terus kepada cahaya matahari, pemakanan, habuk, asap, penggunaan bahan kosmetik atau penjagaan kulit memberi kesan kepada kulit kita.

So, instead of mengambil collagen untuk mendapatkan kembali kecantikan kulit, anda boleh mengambil Vitamin C daripada Shaklee. Kenapa? Kerana Sustained Release Vitamin C daripada Shaklee menggalakkan pengeluaran collagen di dalam badan kita. Ditambah dengan teknologi Sustained Release, Vitamin C yang anda ambil tidak dibazirkan, malah akan digunakan sedikit demi sedikit tanpa penyingkiran. Untuk pengetahuan anda, badan kita tidak dapat menyimpan Vitamin C dengan banyak dalam satu satu masa. Badan kita juga tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Pengambilan Vitamin C memang perlu sangat bukan sahaja untuk kecantikan kulit, malah untuk kesihatan kerana Vitamin C juga mengandungi tinggi antioksida :)

Kelebihan lain Sustained Release Vitamin C


Untuk info dan pertanyaan lanjut, feel free untuk hubungi saya di nombor tertera ya?
Read More

Wednesday, January 7, 2015

Ramping, Mantap, Ketat...Idaman Suami? Rahsianya Alfalfa Complex je!

Assalammualaikum.
Harini saya nak ceritakan serba sedikit tentang kepentingan Alfalfa buat wanita yang dah bergelar ibu, yang bekerja.

Seperti yang ramai orang tahu, Alfalfa mengandungi banyak sangat kebaikan dan Shaklee memudahkan kita dengan merumuskan dalam bentuk tablet. Antara kelebihannya, boleh baca di SINI.

Bagi seorang isteri dan wanita, penjagaan kewanitaan adalah No.1 betul tak?

Bila usia perkahwinan dah masuk tahun ke-5.. dah melahirkan anak pula... penjagaan dalaman mesti kita titik beratkan. Antara kelebihan Alfalfa Complex yang dapat membantu isu ini ialah Merapatkan Miss V dan Menegangkan Payudara. Tipulah kalau anda kata, tak risau.... semua wanita risau kot! hahaha. Ataupun anda risau, tetapi buat-buat tak endah sebab husband tak pernah complain. Helloooooo sayang-sayang semua, husband kita tu sayang kita. Dia tak sampai hati nak cakap dengan kita. Dia takut kita malu. Dia takut kita sensitif. Dia takut kita sentap. Dia takut kita tuduh dia bukan-bukan. HAHAHA. Tapi betullah kan? Cuba kalau, tengah lepak-lepak tengok tv... husband cakap 'Sayang.. taknak ke cuba jamu XYZ yang makcik limah sebelah rumah yang ramping lagi mantap jual tu?' Ha, bukan pasal jamu yang kita dengar dulu.. pasal ramping dan mantap tu yg sampai dulu kat telinga. kan? Masa bila pulak husband kita tu tengok kerampingan dan kemantapan 'Makcik' sebelah rumah tu? ni tak boleh jadi ni....... berasap telinga kan. Hilang mood malam jemahat. OMG. hahaha.

Fitrah lelaki sukakan kecantikan. Kita tak boleh salahkan dia 100%. Kita pun mestila pandai jaga diri untuk suami. Takkan nak biarkan syurga suami kita tu longgar tak bertepi? Atau gunung pujaan hatinya dulu selambak tak terbentuk? Atau ada bauan yang tak menyenangkan? Mati mood sang harimau huhuhu. Memanglah kecantikan tak akan kekal abadi, tapi biarlah kecantikan tu pudar seiring dengan usia perkahwinan kita dan suami. Ok sayang-sayang semua? Ikat ketat-ketat suami kita, kenyangkan perutnya, sedapkan matanya, puaskan ehem ehemnya, Insyaallah suami tak pandang dah jiran sebelah rumah atau kat mana-mana lah... duk ingat kita jerrr. Auuuuch! haha ;)

Pilihan saya, Alfalfa Complex. Berkesan ke tidak? Ehemmmm cuba la dulu ;)
Berita baiknya ialah, bulan January 2015 ni adalah bulan promosi untuk Alfalfa. Bila promosi mestilah murah dan mestilah berbaloi untuk di beli.. Jangan lupa hubungi saya di nombor tertera untuk urusan pembelian ya darlings?

Selain daripada itu, ada banyak lagi sebenarnya kelebihan Alfalfa Complex ni untuk kita amalkan setiap hari.

Kelebihan Alfalfa:



  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
  • Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
  • Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas. 
  • Membantu membuang angin dalam badan. 
  • Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan. 
  • Melegakan sakit sendi dan belakang 
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shakleemengandungi minyak Peppermint 
  • Memberi kelegaan semasa haid 
  • Merawat arthitis 
  • Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema 
  • Mencuci usus bagi membuang toksik 
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
  • Meneutralkan asid dalam badan 
  • Merawat masalah keputihan pada wanita 
  • Membesar dan menegangkan payudara 
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
  • Memulihkan urat selepas bersalin 
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Meningkatkan stamina seorang suami 
  • Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!! 
  • Dan banyak lagi untuk disenaraikan… 

Pengalaman mereka yang telah mengamalkan Alfalfa :

Mashitah Hussain : alfafa mmg ok..ms sy pas pantang..mkn alfafa 10bijik sbb sy xthu cr pmkanan cmne sbb sy mkn ikut botol 2..seriusly mmg ok..xde kputihan or lndir apa2 pn..kering je..tp kn mnm air byk..skg sy kurang mkn then jd blk..mmg bkesan sgt

Dilla Jalil : alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!! ♥

Raihan Biz : sy pun dh xpakai pantyliner kt rmh..keputihan dh xde..set b memg best..

Read More

Tuesday, January 6, 2015

Menderita tonsil? Rawat hingga ke akar umbi!


Assalammualaikum.
Baru-baru ni, anak saya yang kecil terkena tonsil. Doktor kata tonsilnya membengkak teruk, mengakibatkan dia demam panas & batuk non-stop. Allah.. lemah rasanya tengok anak sekecil itu sakit. Apalah yang dia tahu pasal tonsil.. cuma tahu menangis sebab batuk, demam dan sesuatu yang tak selesa di tekaknya. Sayu hati mak! Tak pernah anak-anak saya terkena tonsil. Ini pengalaman pertama saya :'(

Apa saya buat?

Selain bawa anak ke klinik (2 klinik berlainan sebab nampak tak ada perubahan).. Saya berikan anak saya Chewable Vitamin C untuk protect kembali imun system tubuh dia. Selalunya, semasa dia sihat, saya cuma berikan 1 biji sehari. Tapi, lepas doktor sahkan yang tonsil dia membengkak teruk, saya kasi dia sehingga 6 biji sehari. Bukan sekali gus la... 2 biji pagi.. 2 biji tengahari... 2 biji petang... tak ada masalah untuk dia makan sebab dia memang suka. Rasa citrus asli yang sedap, mungkin buat tekak dia rasa lebih selesa.. Seharian dia tidur je..

Selain itu, saya mandikan dia 3 kali sehari. Saya campurkan beberapa titis Basic H ke dalam air mandiannya untuk meredakan panas dalam badan. Basic H bersifat sejuk, dan saya biarkan dia main air dalam baby bath tub lebih kurang 5-10 minit.

Tak lupa juga dengan Nutriferon. Masih ada beberapa sachet dalam simpanan saya tu.. Saya berikan dia setengah sachet untuk boost kembali imun system tubuhnya.

Malam tu, nampak dia kembali aktif. Esoknya, 90% aktif. Cuma ada batuk sikit-sikit dan seterusnya terus sihat! Ya Allah, macam magik rasanya tengok anak sihat balik......

Antara supplement asas untuk membantu masalah tonsil ialah;
Chewable Vita-C (Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang tidak suka menelan tablet)
Sustained Release Vitamin C untuk dewasa

Nutriferon untuk boost imun system dan melawan jangkitan

Tanda-tanda Penyakit Tonsil  sumber


  • Sakit sewaktu menelan, tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.
  • Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).
  • Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.

Read More

Sunday, January 4, 2015

PROMOSI JANUARY 2015 : Vivix & Alfalfa Complex



INFO LANJUT TENTANG VIVIX
INFO LANJUT TENTANG ALFALFA COMPLEX
Seperti yang ramai orang tahu, Selain Vitalea for Children, Vivix dan Alfalfa pun ada promosi bulan ini. Sekiranya anda pengguna tegar ketiga-tiga supplement ini, membeli semasa promosi adalah sangat WIN kerana anda dapat berjimat. Bukan sikit-sikit tau, banyak juga.. So, jangan lepaskan peluang promosi ni ya? :)
Read More

Saturday, January 3, 2015

VITALEA for CHILDREN dan kembali di pasaran!

waaaahhh...
lamanya awak menyepikan diri..
lama sangat Multivitamin untuk kanak-kanak ni takda di pasaran.. January 2015 ni Shaklee keluarkan balik dengan IMPROVED FORMULA!
Dah lama menyepi, bila timbul je, terus Shaklee kasi PROMOSI! Harga lebih murah la ape lagi? hehe

Yess... suka sangat!
Boleh kunyah. Rasa yang sedap dan berkhasiat untuk anak anda.
Sekolah dah mula ni, apa lagi? jom grab untuk anak kesayangan anda :)
Read More

Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru 2015!!


Assalammualaikum.

Alhamdulillah, kita dah pun menjejaki tahun 2015. Pejam celik, pantas sangat rasanya masa berlalu. Tak terkejar pun ada. Selamat Tahun Baru everyone! Semoga tahun 2015 ini memberi lebih makna kepada kita semua :)
Read More

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah