Tuesday, January 27, 2015

Agen detox untuk pengamal LOW CARBS DIET

Bentuk badan yang sihat dengan BMI seimbang adalah impian setiap orang kan?
Tapi tak semua orang dikurniakan dengan kecantikan luaran yang sangat perfect. Ada yang kene berusaha keras untuk mendapatkannya. Ada pulak yang hentam je nak makan apa pun, badan still solid molid bak model. Untunglaaaaaa... kan?

Biasanya kalau sebut pasal DIET, semua orang mesti tercari-cari cara detox. Detox tu apakah?

Detoxification is the physiological or medicinal removal of toxic substances from a living organism, including, but not limited to, the human body, which is mainly carried out by the liver. By Wikipedia

Ha, secara ringkasnya.. Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Badan yang tidak detox akan mengumpulkan toksin yang berpunca dari alam persekitaran, makanan & minuman, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan
Haaaa nampak tak? kita mungkin tak perasan sebenarnya semua tu melekat kat badan kita. Selain minum air yang banyak untuk proses detox, anda juga bolehlah mencuba Alfalfa Complex daripada Shaklee untuk membantu proses detox. Selain mempunyai carbs yang rendah, Alfalfa Complex mempunyai banyak kebaikan lain untuk kesihatan kita. Supplement bukanlah ubat, tetapi supplement ialah makanan tambahan yang memang diperlukan untuk menyokong proses dalam tubuh badan kita, Insyaallah.

Kandungan carbs 2g sahaja untuk 10 biji Alfalfa Complex.

Read More

Wednesday, January 21, 2015

Bebola Ayam idaman hatiku..

Tajuk tak menahan.. hahaha
Ampunkan keterlanjuran penulis ye.
Memasak adalah salah satu daripada interest saya. Selain suka makan, mestilah suka masak juga. Kau jangan tahu nak makan sahaja ok? Kau tu perempuan. eheheh terbebel pulak!



oklah,

Kalau anda ada singgah di fb saya malam tadi, mesti anda terperasankan gambar bebola ayam homemade ittewww hehehehe. Ramai rupanya yang minat. Ada yang mintak resepi, ada yang tag husband sendiri, ada yg pm tanya sukatan. HEHEHE. Sesungguhnya saya main campak-campak aje. Anggaran sahaja ye.. ok, meh saya share resepinya dengan lebih lengkap, tetapi masih lagi campak-campak sebab saya main agak jeeeee.. tak ikut sukatan pon.

Nampak sedap? ok laaa.. sedap sangat pun tak, tapi not bad la sebab boleh makan. Dan yang pastinya, no carbs. Tiada tepung at all. ok jom saya listkan camane saya buat..
  1. Isi ayam, saya buang tulang dan kulitnya. Potong size sederhana kecik, dan blend. Saya guna 3 ketul bahagian dada. Blend sikit-sikit, jangan letak air langsung. Nanti lembik uols.
  2. Lepas dah blend, saya masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan rencah-rencahnya. Antara bahan yang saya campak-campak dan agak-agak ialah garam, mix spices, black peppers, jintan halus, dan lada putih. Saya memang nak dia rasa pedas-pedas sikit supaya tak muak. Kemudian saya nak kasi dia wangi dan berseri-seri, jadi saya tambahkan hirisan daun sup dan daun bawang. Niat di hati nak tambah bawang goreng tapi masatu dah lewat malam.. malas malasss dengan harapan bebola ayamku sedap tanpa bawang goreng mihmihmih.
  3. Perapkan dan biarkan seketika. Sambil-sambil tu bolehlah kemas-kemas dapur dan sinki supaya suami tak jeling-jeling masak bersepah hahahah.
  4. Panaskan periuk yang berisi air, tunggu sampai mendidih. Sukatan air adalah sebaldi. ok tipu, agak-agak jugak, sukati mengkome lah ye... 
  5. Bulat-bulatkan perapan tadi. Bear in mind yang ayam kita tadi memang lembik, tapi janganlah runsing sebab bila dah rebus nanti, dia akan okay. Jangan kedap-kedapkan sebab nanti bebola korang keras macam bola golf. Kalau bentuk dia tak cantik sangat tu, korang basahkan sikit tangan dan bulatkan balik. Permukaan bebola tu akan cantik bak bebola yang dijual di kedai. *tipu jugak. bebola kat kedai tu banyak tepung, sebab tu cantik. Bebola kita ini isi semata-mata, jadi rupa dia memang tak berapa nak cantik. Tak kisahlah, janji homemade lagi berkhasiat.
  6. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bebola tadi. Jangan banyak-banyak, masukkan sikit-sikit. Korang akan nampak keajaiban sebab bebola korang jadi sangat cantik bila dah rebus. Tunggu sampai bebola tu timbul sendiri. Air mesti mendidih ye, kalau tak, bebola korang akan melekat kat dasar periuk.
  7. Bila dah timbul, bolehlah angkat dan toskan.
  8. Sebab hasilnya banyak, saya sejukkan dan froze kan untuk kegunaan akan datang. Actually lepas rebus tu dah boleh makan dah... sempat jugaklah saya ngap 2 biji kerana gedik tak sabar nak rasa sedap ke idakk.. hehe. not badlah. kira menjadi. next time boleh buat lagi. 
  9. Korang boleh goreng, buat sup, masak dengan sayur atau apa sahaja yang korang suka dengan bebola tadi. Boleh jugak kalau nak variasikan dengan campuran apa-apa bahan yang korang suka. Masak ni kene kreatip ;)
Till we meet again.
Bebola ayam semalam saya gorengkan dan bawak bekal untuk harini.. Yeay!


Read More

Tuesday, January 20, 2015

8 FAKTA PENTING TENTANG VITALEA FOR CHILDREN


Bestnya Vitalea for children niiiii~
Rasanya manis-manis ribena gitewww..

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.

Fakta PENTING Vita-Lea for Children Shaklee:

  • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Memberi 100% nilai harian vitamin C
  • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  • Berasaskan phytonutrien semulajadi
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
 







Paling MENARIK, Vitalea for Children ni ada promosi bulan ni...
Haaa promosi apa?? BUY 3 FREE 1 laa ape lagi.... hihi
Best kannnn... dapat beli dengan herga yang lebih murah. Dapat percuma lagi!
Paling penting, sangat berkhasiat untuk anak-anak kita.. :) 

Cepat-cepat roger nana di nombor tertera ya?


PROMOSI BULAN JANUARY 2015


Read More

Wednesday, January 14, 2015

Anda tahu tak, anda mampu menggalakkan pengeluaran kolagen secara semulajadi?


Assalammualaikum.
Harini saya nak share tentang testimoni customer saya yang beli 2 botol Sustained Release Vitamin C PROMO bulan lepas. Alhamdulillah selepas 3 minggu penggunaan, akhirnya dia nampak perubahan lepas ramai kawan-kawan tegur kulitnya nampak lebih cerah! Wahhh. Seronok sangat dengar.

Bagi kita yang masih muda ni (hihi perasan muda ye nana), pengambilan collagen sebenarnya tak berapa perlu. Kerana badan kita masih mengandungi collagen semulajadi. Collagen semulajadi di dalam badan kita ni akan berkurang seiring dengan usia kita. Sebab tu kita tengok kulit baby sangat cantik... halus bersih dan mulus je kan... kalaulah kulit kita boleh secantik itu.. hihihi.

Bila kita dewasa, collagen semakin berkurang kesan dari pencemaran alam sekitar dan pemakanan kita. Pendedahan terus kepada cahaya matahari, pemakanan, habuk, asap, penggunaan bahan kosmetik atau penjagaan kulit memberi kesan kepada kulit kita.

So, instead of mengambil collagen untuk mendapatkan kembali kecantikan kulit, anda boleh mengambil Vitamin C daripada Shaklee. Kenapa? Kerana Sustained Release Vitamin C daripada Shaklee menggalakkan pengeluaran collagen di dalam badan kita. Ditambah dengan teknologi Sustained Release, Vitamin C yang anda ambil tidak dibazirkan, malah akan digunakan sedikit demi sedikit tanpa penyingkiran. Untuk pengetahuan anda, badan kita tidak dapat menyimpan Vitamin C dengan banyak dalam satu satu masa. Badan kita juga tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Pengambilan Vitamin C memang perlu sangat bukan sahaja untuk kecantikan kulit, malah untuk kesihatan kerana Vitamin C juga mengandungi tinggi antioksida :)

Kelebihan lain Sustained Release Vitamin C


Untuk info dan pertanyaan lanjut, feel free untuk hubungi saya di nombor tertera ya?
Read More

Wednesday, January 7, 2015

Ramping, Mantap, Ketat...Idaman Suami? Rahsianya Alfalfa Complex je!

Assalammualaikum.
Harini saya nak ceritakan serba sedikit tentang kepentingan Alfalfa buat wanita yang dah bergelar ibu, yang bekerja.

Seperti yang ramai orang tahu, Alfalfa mengandungi banyak sangat kebaikan dan Shaklee memudahkan kita dengan merumuskan dalam bentuk tablet. Antara kelebihannya, boleh baca di SINI.

Bagi seorang isteri dan wanita, penjagaan kewanitaan adalah No.1 betul tak?

Bila usia perkahwinan dah masuk tahun ke-5.. dah melahirkan anak pula... penjagaan dalaman mesti kita titik beratkan. Antara kelebihan Alfalfa Complex yang dapat membantu isu ini ialah Merapatkan Miss V dan Menegangkan Payudara. Tipulah kalau anda kata, tak risau.... semua wanita risau kot! hahaha. Ataupun anda risau, tetapi buat-buat tak endah sebab husband tak pernah complain. Helloooooo sayang-sayang semua, husband kita tu sayang kita. Dia tak sampai hati nak cakap dengan kita. Dia takut kita malu. Dia takut kita sensitif. Dia takut kita sentap. Dia takut kita tuduh dia bukan-bukan. HAHAHA. Tapi betullah kan? Cuba kalau, tengah lepak-lepak tengok tv... husband cakap 'Sayang.. taknak ke cuba jamu XYZ yang makcik limah sebelah rumah yang ramping lagi mantap jual tu?' Ha, bukan pasal jamu yang kita dengar dulu.. pasal ramping dan mantap tu yg sampai dulu kat telinga. kan? Masa bila pulak husband kita tu tengok kerampingan dan kemantapan 'Makcik' sebelah rumah tu? ni tak boleh jadi ni....... berasap telinga kan. Hilang mood malam jemahat. OMG. hahaha.

Fitrah lelaki sukakan kecantikan. Kita tak boleh salahkan dia 100%. Kita pun mestila pandai jaga diri untuk suami. Takkan nak biarkan syurga suami kita tu longgar tak bertepi? Atau gunung pujaan hatinya dulu selambak tak terbentuk? Atau ada bauan yang tak menyenangkan? Mati mood sang harimau huhuhu. Memanglah kecantikan tak akan kekal abadi, tapi biarlah kecantikan tu pudar seiring dengan usia perkahwinan kita dan suami. Ok sayang-sayang semua? Ikat ketat-ketat suami kita, kenyangkan perutnya, sedapkan matanya, puaskan ehem ehemnya, Insyaallah suami tak pandang dah jiran sebelah rumah atau kat mana-mana lah... duk ingat kita jerrr. Auuuuch! haha ;)

Pilihan saya, Alfalfa Complex. Berkesan ke tidak? Ehemmmm cuba la dulu ;)
Berita baiknya ialah, bulan January 2015 ni adalah bulan promosi untuk Alfalfa. Bila promosi mestilah murah dan mestilah berbaloi untuk di beli.. Jangan lupa hubungi saya di nombor tertera untuk urusan pembelian ya darlings?

Selain daripada itu, ada banyak lagi sebenarnya kelebihan Alfalfa Complex ni untuk kita amalkan setiap hari.

Kelebihan Alfalfa:



  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
  • Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
  • Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas. 
  • Membantu membuang angin dalam badan. 
  • Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan. 
  • Melegakan sakit sendi dan belakang 
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shakleemengandungi minyak Peppermint 
  • Memberi kelegaan semasa haid 
  • Merawat arthitis 
  • Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema 
  • Mencuci usus bagi membuang toksik 
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
  • Meneutralkan asid dalam badan 
  • Merawat masalah keputihan pada wanita 
  • Membesar dan menegangkan payudara 
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
  • Memulihkan urat selepas bersalin 
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Meningkatkan stamina seorang suami 
  • Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!! 
  • Dan banyak lagi untuk disenaraikan… 

Pengalaman mereka yang telah mengamalkan Alfalfa :

Mashitah Hussain : alfafa mmg ok..ms sy pas pantang..mkn alfafa 10bijik sbb sy xthu cr pmkanan cmne sbb sy mkn ikut botol 2..seriusly mmg ok..xde kputihan or lndir apa2 pn..kering je..tp kn mnm air byk..skg sy kurang mkn then jd blk..mmg bkesan sgt

Dilla Jalil : alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!! ♥

Raihan Biz : sy pun dh xpakai pantyliner kt rmh..keputihan dh xde..set b memg best..

Read More

Tuesday, January 6, 2015

Menderita tonsil? Rawat hingga ke akar umbi!


Assalammualaikum.
Baru-baru ni, anak saya yang kecil terkena tonsil. Doktor kata tonsilnya membengkak teruk, mengakibatkan dia demam panas & batuk non-stop. Allah.. lemah rasanya tengok anak sekecil itu sakit. Apalah yang dia tahu pasal tonsil.. cuma tahu menangis sebab batuk, demam dan sesuatu yang tak selesa di tekaknya. Sayu hati mak! Tak pernah anak-anak saya terkena tonsil. Ini pengalaman pertama saya :'(

Apa saya buat?

Selain bawa anak ke klinik (2 klinik berlainan sebab nampak tak ada perubahan).. Saya berikan anak saya Chewable Vitamin C untuk protect kembali imun system tubuh dia. Selalunya, semasa dia sihat, saya cuma berikan 1 biji sehari. Tapi, lepas doktor sahkan yang tonsil dia membengkak teruk, saya kasi dia sehingga 6 biji sehari. Bukan sekali gus la... 2 biji pagi.. 2 biji tengahari... 2 biji petang... tak ada masalah untuk dia makan sebab dia memang suka. Rasa citrus asli yang sedap, mungkin buat tekak dia rasa lebih selesa.. Seharian dia tidur je..

Selain itu, saya mandikan dia 3 kali sehari. Saya campurkan beberapa titis Basic H ke dalam air mandiannya untuk meredakan panas dalam badan. Basic H bersifat sejuk, dan saya biarkan dia main air dalam baby bath tub lebih kurang 5-10 minit.

Tak lupa juga dengan Nutriferon. Masih ada beberapa sachet dalam simpanan saya tu.. Saya berikan dia setengah sachet untuk boost kembali imun system tubuhnya.

Malam tu, nampak dia kembali aktif. Esoknya, 90% aktif. Cuma ada batuk sikit-sikit dan seterusnya terus sihat! Ya Allah, macam magik rasanya tengok anak sihat balik......

Antara supplement asas untuk membantu masalah tonsil ialah;
Chewable Vita-C (Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang tidak suka menelan tablet)
Sustained Release Vitamin C untuk dewasa

Nutriferon untuk boost imun system dan melawan jangkitan

Tanda-tanda Penyakit Tonsil  sumber


  • Sakit sewaktu menelan, tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.
  • Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).
  • Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.

Read More

Sunday, January 4, 2015

PROMOSI JANUARY 2015 : Vivix & Alfalfa Complex



INFO LANJUT TENTANG VIVIX
INFO LANJUT TENTANG ALFALFA COMPLEX
Seperti yang ramai orang tahu, Selain Vitalea for Children, Vivix dan Alfalfa pun ada promosi bulan ini. Sekiranya anda pengguna tegar ketiga-tiga supplement ini, membeli semasa promosi adalah sangat WIN kerana anda dapat berjimat. Bukan sikit-sikit tau, banyak juga.. So, jangan lepaskan peluang promosi ni ya? :)
Read More

Saturday, January 3, 2015

VITALEA for CHILDREN dan kembali di pasaran!

waaaahhh...
lamanya awak menyepikan diri..
lama sangat Multivitamin untuk kanak-kanak ni takda di pasaran.. January 2015 ni Shaklee keluarkan balik dengan IMPROVED FORMULA!
Dah lama menyepi, bila timbul je, terus Shaklee kasi PROMOSI! Harga lebih murah la ape lagi? hehe

Yess... suka sangat!
Boleh kunyah. Rasa yang sedap dan berkhasiat untuk anak anda.
Sekolah dah mula ni, apa lagi? jom grab untuk anak kesayangan anda :)
Read More

Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru 2015!!


Assalammualaikum.

Alhamdulillah, kita dah pun menjejaki tahun 2015. Pejam celik, pantas sangat rasanya masa berlalu. Tak terkejar pun ada. Selamat Tahun Baru everyone! Semoga tahun 2015 ini memberi lebih makna kepada kita semua :)
Read More

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah