Tuesday, January 27, 2015

Agen detox untuk pengamal LOW CARBS DIET

Bentuk badan yang sihat dengan BMI seimbang adalah impian setiap orang kan?
Tapi tak semua orang dikurniakan dengan kecantikan luaran yang sangat perfect. Ada yang kene berusaha keras untuk mendapatkannya. Ada pulak yang hentam je nak makan apa pun, badan still solid molid bak model. Untunglaaaaaa... kan?

Biasanya kalau sebut pasal DIET, semua orang mesti tercari-cari cara detox. Detox tu apakah?

Detoxification is the physiological or medicinal removal of toxic substances from a living organism, including, but not limited to, the human body, which is mainly carried out by the liver. By Wikipedia

Ha, secara ringkasnya.. Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Badan yang tidak detox akan mengumpulkan toksin yang berpunca dari alam persekitaran, makanan & minuman, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan
Haaaa nampak tak? kita mungkin tak perasan sebenarnya semua tu melekat kat badan kita. Selain minum air yang banyak untuk proses detox, anda juga bolehlah mencuba Alfalfa Complex daripada Shaklee untuk membantu proses detox. Selain mempunyai carbs yang rendah, Alfalfa Complex mempunyai banyak kebaikan lain untuk kesihatan kita. Supplement bukanlah ubat, tetapi supplement ialah makanan tambahan yang memang diperlukan untuk menyokong proses dalam tubuh badan kita, Insyaallah.

Kandungan carbs 2g sahaja untuk 10 biji Alfalfa Complex.

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah