Wednesday, January 21, 2015

Bebola Ayam idaman hatiku..

Tajuk tak menahan.. hahaha
Ampunkan keterlanjuran penulis ye.
Memasak adalah salah satu daripada interest saya. Selain suka makan, mestilah suka masak juga. Kau jangan tahu nak makan sahaja ok? Kau tu perempuan. eheheh terbebel pulak!



oklah,

Kalau anda ada singgah di fb saya malam tadi, mesti anda terperasankan gambar bebola ayam homemade ittewww hehehehe. Ramai rupanya yang minat. Ada yang mintak resepi, ada yang tag husband sendiri, ada yg pm tanya sukatan. HEHEHE. Sesungguhnya saya main campak-campak aje. Anggaran sahaja ye.. ok, meh saya share resepinya dengan lebih lengkap, tetapi masih lagi campak-campak sebab saya main agak jeeeee.. tak ikut sukatan pon.

Nampak sedap? ok laaa.. sedap sangat pun tak, tapi not bad la sebab boleh makan. Dan yang pastinya, no carbs. Tiada tepung at all. ok jom saya listkan camane saya buat..
  1. Isi ayam, saya buang tulang dan kulitnya. Potong size sederhana kecik, dan blend. Saya guna 3 ketul bahagian dada. Blend sikit-sikit, jangan letak air langsung. Nanti lembik uols.
  2. Lepas dah blend, saya masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan rencah-rencahnya. Antara bahan yang saya campak-campak dan agak-agak ialah garam, mix spices, black peppers, jintan halus, dan lada putih. Saya memang nak dia rasa pedas-pedas sikit supaya tak muak. Kemudian saya nak kasi dia wangi dan berseri-seri, jadi saya tambahkan hirisan daun sup dan daun bawang. Niat di hati nak tambah bawang goreng tapi masatu dah lewat malam.. malas malasss dengan harapan bebola ayamku sedap tanpa bawang goreng mihmihmih.
  3. Perapkan dan biarkan seketika. Sambil-sambil tu bolehlah kemas-kemas dapur dan sinki supaya suami tak jeling-jeling masak bersepah hahahah.
  4. Panaskan periuk yang berisi air, tunggu sampai mendidih. Sukatan air adalah sebaldi. ok tipu, agak-agak jugak, sukati mengkome lah ye... 
  5. Bulat-bulatkan perapan tadi. Bear in mind yang ayam kita tadi memang lembik, tapi janganlah runsing sebab bila dah rebus nanti, dia akan okay. Jangan kedap-kedapkan sebab nanti bebola korang keras macam bola golf. Kalau bentuk dia tak cantik sangat tu, korang basahkan sikit tangan dan bulatkan balik. Permukaan bebola tu akan cantik bak bebola yang dijual di kedai. *tipu jugak. bebola kat kedai tu banyak tepung, sebab tu cantik. Bebola kita ini isi semata-mata, jadi rupa dia memang tak berapa nak cantik. Tak kisahlah, janji homemade lagi berkhasiat.
  6. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bebola tadi. Jangan banyak-banyak, masukkan sikit-sikit. Korang akan nampak keajaiban sebab bebola korang jadi sangat cantik bila dah rebus. Tunggu sampai bebola tu timbul sendiri. Air mesti mendidih ye, kalau tak, bebola korang akan melekat kat dasar periuk.
  7. Bila dah timbul, bolehlah angkat dan toskan.
  8. Sebab hasilnya banyak, saya sejukkan dan froze kan untuk kegunaan akan datang. Actually lepas rebus tu dah boleh makan dah... sempat jugaklah saya ngap 2 biji kerana gedik tak sabar nak rasa sedap ke idakk.. hehe. not badlah. kira menjadi. next time boleh buat lagi. 
  9. Korang boleh goreng, buat sup, masak dengan sayur atau apa sahaja yang korang suka dengan bebola tadi. Boleh jugak kalau nak variasikan dengan campuran apa-apa bahan yang korang suka. Masak ni kene kreatip ;)
Till we meet again.
Bebola ayam semalam saya gorengkan dan bawak bekal untuk harini.. Yeay!


Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah