Tuesday, January 6, 2015

Menderita tonsil? Rawat hingga ke akar umbi!


Assalammualaikum.
Baru-baru ni, anak saya yang kecil terkena tonsil. Doktor kata tonsilnya membengkak teruk, mengakibatkan dia demam panas & batuk non-stop. Allah.. lemah rasanya tengok anak sekecil itu sakit. Apalah yang dia tahu pasal tonsil.. cuma tahu menangis sebab batuk, demam dan sesuatu yang tak selesa di tekaknya. Sayu hati mak! Tak pernah anak-anak saya terkena tonsil. Ini pengalaman pertama saya :'(

Apa saya buat?

Selain bawa anak ke klinik (2 klinik berlainan sebab nampak tak ada perubahan).. Saya berikan anak saya Chewable Vitamin C untuk protect kembali imun system tubuh dia. Selalunya, semasa dia sihat, saya cuma berikan 1 biji sehari. Tapi, lepas doktor sahkan yang tonsil dia membengkak teruk, saya kasi dia sehingga 6 biji sehari. Bukan sekali gus la... 2 biji pagi.. 2 biji tengahari... 2 biji petang... tak ada masalah untuk dia makan sebab dia memang suka. Rasa citrus asli yang sedap, mungkin buat tekak dia rasa lebih selesa.. Seharian dia tidur je..

Selain itu, saya mandikan dia 3 kali sehari. Saya campurkan beberapa titis Basic H ke dalam air mandiannya untuk meredakan panas dalam badan. Basic H bersifat sejuk, dan saya biarkan dia main air dalam baby bath tub lebih kurang 5-10 minit.

Tak lupa juga dengan Nutriferon. Masih ada beberapa sachet dalam simpanan saya tu.. Saya berikan dia setengah sachet untuk boost kembali imun system tubuhnya.

Malam tu, nampak dia kembali aktif. Esoknya, 90% aktif. Cuma ada batuk sikit-sikit dan seterusnya terus sihat! Ya Allah, macam magik rasanya tengok anak sihat balik......

Antara supplement asas untuk membantu masalah tonsil ialah;
Chewable Vita-C (Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang tidak suka menelan tablet)
Sustained Release Vitamin C untuk dewasa

Nutriferon untuk boost imun system dan melawan jangkitan

Tanda-tanda Penyakit Tonsil  sumber


  • Sakit sewaktu menelan, tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.
  • Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).
  • Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah