Friday, March 11, 2016

Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih

Fresh Laundry Concentrate


Kod Produk:00159 (2.49kg)
Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Read More

Wednesday, March 2, 2016

Promosi ESP datang lagi!

Selamat Datang bulan March!
Wahhhh kejap je dah bulan 3 kan.... pejam celik pejam celik kejap lagi kang dah nak sambut puasa dan raya. hehehehehe.

Excited sangat sejak semalam sebab sempena bulan March ni bermula lah cycle baru Shaklee. Lupakan yang dah lepas-lepas, kita mulakan hidup baru dengan semangat baru yang jitu. Gitewwwwwww.

Mesti semua dah tahu kan, bulan March ni Shaklee kasi Promosi ESP. ESP ni memang meletup-letup tau. Boleh kata dalam kebanyakan set ada ESP. Nak cantik ESP, nak sihat ESP, nak kurus ESP, mengandung ESP, berpantang ESP, menyusu ESP. Kenapa kenapa kenapa ESP ni HOT sangat sampai jadi item wajib dalam kebanyakan set??

Apa kata Doktor tentang ESP?

Haaaaa jemput baca link-link kat bawah ni kalau nak tahu lebih lanjut ya!



 

Nak beli dengan harga PROMOSI?
Cepat-cepat hubungi NANA pada nombor tertera :)
Read More

Monday, February 29, 2016

Nutriferon - to boost your immune system

Apakah Fungsi Nutriferon? 

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari 
ia adalah satu-satunya interferon  semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk  merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi  pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage. 

Melawan kanser dan tumor 
interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang  merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

Melindungi dari influenza 
ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan 
membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

Melambatkan penuaan 
formula unik NutriFeron merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C 
keberkesanan NutriFeron dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.
Mempertingkatkan Menopous - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Read More

Tuesday, February 23, 2016

Pengalaman bersalin baby ke-3, Muhammad Ameer Isyraf

Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada tarikh 3 Dec 2015, saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah yang diberi nama Muhammad Ameer Isyraf Bin Mohd Zamri. Yes, another hero untuk kami. :)

40 minggu 3 hari.

1 Dec 2015 (Selasa)
Saya mula bercuti. Since Irham dah berenti dari taska, Ilman pun dah berenti dari pengasuh yang juga sarat mengandung. So, bermula la hari saya sebagai suri rumah yang terboyot-boyot dengan 2 hero yang boleh tahan lasaknya. Dari pagi macam biasa je, buat mana yang terlarat sambil menikmati hari-hari terakhir sebagai mak buyong. hehehe. Petang dalam pukul 6 lebih, rasa minor contraction. Since sejak minggu sebelum tu saya memang kerap rasa contraction, atau dalam bahasa lain, False Alarm atau Braxton Hicks, contraction yang saya rasa tadi saya abaikan je lah. Uruskan anak mandi petang, sesambil tunggu husband balik. Tak ada tanda apa-apa, cuma inform husband contraction lebih kuat dari biasa.

Hampir maghrib, husband balik. Contraction makin kuat.. lebih kurang 15 minit sekali. Lepas maghrib terus ke Klinik Harmoni, niat nak jumpa Doc Natasha. Tapi Doc Natasha tak ada. Jumpa Doc apatah namanya. Masa menunggu giliran tu, lama jugaklah. Sampai rasa nak nangis kat situ. Contraction 5 minit! Fuh, berpeluh ok... Dalam hati dok kata.. janganlah sampai aku terbesalin kat sini......... Bila tiba giliran, doc tu lembut-lembut je n agak slow motion. Kite dah sakit ni, cerita kat dia pasal sakit pun dah nak menangis dah, menggigil-gigil dah suara. Doc suruh baring, dia nak cek bukaan jalan. Baring, cek. "dah 2cm ni yang" doc tu kata. Zasss terus rasa darah naik kepala. Alamak, dah nak bersalin ke. Doc advise terus ke hospital.

Masuk dalam kereta (Husband n anak-anak tunggu kat dalam kereta), bagitau husband bukaan dah 2cm. Hero berdua tu tak dinner lagi, so kami decide bawak dorang makan dulu. Dorang makan cam biasa, tapi saya dah terketar-ketar tahan contraction haha. Tahan nervous pun iye tu.. yela membayangkan contraction yang maha hebat bakal ku rasa dalam bila-bila masa. hehe. Makan pun tak lalu, balik rumah kejap amik barang dan terus hantar anak-anak kat rumah pakcik husband (kat Bandar Saujana Putra). Well, you all yang biasa area puchong mesti tau jarak Puchong ke Saujana Putra. Taklah jauh, tapi terasa jauh malam tu hahahaha.

Dari Saujana Putra terus ke Hospital Kajang. Saya memang decide nak bersalin kat hospital kajang sebab Hospital Serdang tengah renovate. Anak ke-2 dulu pun bersalin Hospital Kajang (emergency sebab Hospital Serdang penuh masatu). Saya suka dengan layanan Hospital Kajang. Hospitalnya hospital lama je.... tapi best. Apa lagi yang kita nak masa kita sakit kalau bukan layanan yang baik, betul tak? Husband pun prefer Hospital Kajang sebab bangunannya tak besar, mudah nak pegi ke sana ke mari, parking pun senang. Masa mengandung pun dah siap-siap buka file di Hospital Kajang, sebab ada hsistory bersalin anak ke - 2 di Hospital Kajang.

Perjalanan dari Bandar Saujana Putra ke Hospital Kajang amik masa dalam 45 minit. Siap sesat-sesat lagi. haha. Dedua nervous gamaknye. Layan-layan contraction, tetibe dah sampai.... Bila sampai je hospital, contraction makin selow! Kami sampai lebih kurang pukul 11 lebih.. terus buat CTG, result yang dapat, contraction ada tapi tak kuat. Dan memang contraction makin tak kuat pun. Baby ni prank mama ke ape tah? Doc suruh balik sebab dinding rahim masih tebal katanya, bukaan masih 2cm. Kalau boleh saya taknak balik sebab takut sakit kuat lagi macam sebelum tu n kesian kat husband sebab agak jauh jugaklah Hospital Kajang dari Puchong......

Kami tunggu dalam kereta 3 jam. Haha. Gila kan..
Takut sakit balik sebenarnya. Makin tunggu, makin tak sakit. Jadinya, pukul 3 pagi kami balik ke puchong semula........ Sampai rumah, memang tak ada contraction langsung!

2 Dec 2015 (Rabu)
Husband suruh tinggalkan je anak-anak kat rumah pakcik dia. Kami terus balik n rehat. Esoknya husband pegi kerja macam biasa. Saya duduk je la kat rumah, contraction tiada. Nekad je, malam ni kalau tak ada tanda jugak, nak pergi amik Irham & Ilman balik. Kesian pulak kat diorang. Sayu pun ada. 1 hari duduk rumah tanpa keriuhan dorang. Nangis jugaklah kene tinggal sorang kt rumah. haha.

Tak ada contraction yang kuat, tapi rasa bahagian bawah sangat tak selesa. Kejap-kejap ke tandas, nak lelap-lelapkan mata pun tak dapat. Habiskan masa macamtu je.



Supplement tak dilupakan, saya ambil Omega Guard untuk bantu mudahkan proses bersalin.

Petang, dalam pukul 5pm... ada darah + lendir. Agak banyak jugaklah. Dan ada sikit ketulan warna coklat gelap, bergumpal.. size lebih besar dari duit syiling 50sen yg lama. Start dari keluar darah tu, contraction kembali. Tapi tak kuat. Cakap kat husband, nak pergi jumpa Irham & Ilman dulu sebelum pegi hospital lagi. Tunggu husband balik, husband duk pelik tengok saya relax-relax lagi. Kalau tak silap, husband balik awal that day. Dia ingat saya nak terus ke hospital tapi saya pilih nak tunggu dulu tengok perkembangan seterusnya. Saya taknaklah ke hospital lagi lepastu kena balik semula. Lepas maghrib, kami makan kemudian ke Saujana Putra, jenguk Irham & Ilman. Sempat jugaklah duduk-duduk dengan pakcik dan makcik husband, borakkan pasal budak berdua tu. Nampak seronok je diorang stay situ, okaylah.. lega sikit hati mama. Siap-siap peluk cium semua, lebih kurang pukul 10.30 malam, kami bergerak ke Hospital Kajang.

Sampai hospital, cek CTG dan VE, 3cm. Doc suruh warded.
Okay, masa dah tiba. Nervous dalam masa yang sama tak sabar nak jumpa baby.
Rasa macam lambat lagi nak bersalin sebab tak sakit pun, suruh husband balik dulu n rehat.

3 Dec 2015 (Khamis)

Warded. Cuba nak tidor tapi mata taknak pejam. Puas cakap kat diri sendiri, rehat-rehat. Nanti nak berjuang. Tapi mata taknak lelap. Masa berlalu cepat sangat rasanya.. 2 pagi...3 pagi.. 4 pagi... 5 pagi... dah tak boleh tahan sakit. Duduk sakit, baring tak boleh dah rasanya. Berdiri ok sikit. Saya berjalan-jalan keliling wad. Kebetulan katil saya agak jauh dari kaunter nurse, jauh dari toilet semua. Nurse dah pesan, kalau sakit kuat sangat, bagitau nurse kaunter depan. Takkan kau nak menjerit pukul 5 pagi tu kan? Haruslah menapak setapak setapak ke kaunter nurse.

Saya pun menapak ke kaunter nurse bagitau sakit dah kuat.
Menapak balik ke katil sendiri.

Bila berdiri n jalan, ok sikit. Contraction bearable. Bila contraction datang, melekaplah saya kat dinding wad tu tahan sakit sambil pejam-pejam mata. Drama sangat. haha. Nurse kat Hospital Kajang ni memang caring, Doc tak available untuk cek bukaan, ketua nurse la yang cekkan.

Selesai je azan subuh, sakit dah tak tertahan lagi. Wassap husband cakap dah sakit sangat. Husband kata dia akan bersiap datang balik ke hospital sebab risaukan saya. Husband mintak saya bagitau nurse lagi yang sakit dah makin kuat. Menapak lagi ke kaunter nurse nak bagitau sakit sangat. Tah berapa kali berhenti kat tepi dinding masa contraction menyerang.

"Risau awak terberanak kat sini kang, meh akak cekkan. Dah bagitau doc tadi, tapi tah mana doktornya" - sempat ketua nurse tu bebelkan aku. hehe.

Cek jalan, dah 4cm. Alhamdulillah. Ketua Nurse tadi kasi ubat lawas untuk kasi buang isi perut dan cepatkan lagi bukaan.

Lepas masukkan ubat bersihkan isi perut, terus ke tandas. Dah 2 kali bersalin sebelum ni, tak pernah lagi kena masukkan ubat bersihkan perut. Memang terus rasa nak membuang. Dengan contraction serentak, MashaAllah. Tuhan je tau betapa saya berdoa saya tak bersalin dalam tandas hospital time subuh subuh tu.. Dah la awal pagi, takde orang... habislah kalau terberanak kat toilet... haha kelakar bila ingat balik. Lama jugak memerut. Siap berenti kejap sebab contraction.

Lepas keluar tandas, ketua nurse tadi dah tunggu. Agaknya dia pun risau saya bersalin dalam tandas. huhu.

"Lepasni awak terus ambik barang baby, pegi bilik bersalin"
Kan saya dah cakap, tandas semua jauh kan, so dari bilik cek VE ke tandas kemudian nak ke bilik saya yang paling hujung sekali tu jauh okay. Sebenarnya takla jauh sangat, tapi tengah contraction kan, paham-paham je please. Lepas ke toilet tu, contraction kerap sangat, dalam 3 minit camtu. Baru 2 3 tapak jalan, contraction lagi dan lagi. Lamaaaaaa baru sampai.

Ada nurse datang tegur, "boleh jalan tak ni? nak saya ambikkan wheel chair?"
"Tak, tak, takpe, saya jalan..." Acah-acah kuat je, tapi tak sampai-sampai. haha.

Sampai ke katil, ambik barang baby dan tukar baju.. contraction menggila.
Sempat wassap husband,

"Nak masuk bilik bersalin dah, doakan org, ampunkan org...."
Ahhh... touching bab ni.
Last wassap. Terus simpan semua.

Nurse pun datang dengan wheel chair.
Saya ditolak masuk Bilik Bersalin lebih kurang pukul 7.30pagi.

Saya ditolak masuk ke bilik bersalin No 5. Ah, dulu bersalinkan ilman pun kat sini. Bilik tu ada 2 bahagian. Dipisahkan dengan sekeping langsir. Tempat yang saya bersalinkan ilman tu ada orang baru bersalin. Saya ditempatkan di sebelahnya. Ok nana, cover sikit perangai.. malu kat orang sebelah. Cakap kat diri sendiri. haha.

Biasalah Hospital Goverment. Lagi-lagi masih awal pagi kan. Kebetulan menurut diorang ramai bersalin pagi tu. Saya yang masih boleh tunggu ni dibiarkan dulu. Lepas lebih kurang sejam macamtu, contraction sangat kuat. Saya diberi gas pelali untuk tahan sakit tu untuk sementara.

Dalam sakit-sakit tu saya boleh nampak bunga-bungaan berpusing pusing. Bila terasa yang saya tak sepatutnya melayan bunga-bunga kecik besar kecik besar berterbangan tu, saya mengucap panjang sambil cuba untuk sedar semula. Saya dengar sayup-sayup suara nurse datang tengok saya sambil bersembang itu ini sesama mereka. Saya dengar ada doktor datang tekan-tekan perut saya sambil bertanya ini anak ke berapa, berapa berat anak-anak yang sebelum ini, berapa umur mereka sekarang dan etc. Saya boleh jawab, saya dengar suara saya jawab soalan doktor dengan betul. Tapi saya masih berterbangan. Aku mati ke ni? MasyaAllah. Takut sangat apa yang saya rasa masatu. Terus terbayang anak-anak, suami, mama, abah... Ya Allah, kenapa ni? Saya takut. Saya paksa bukak mata, tengok tangan, genggam....bukak...genggam semula.. kenapa saya tak dapat rasa badan saya? 

Air ketuban dipecahkan masa bukaan 7cm.
Lepas air ketuban dipecahkan, contraction sangat-sangat kuat.

Saya sambung berlali-lala dengan gas tu.
Contraction sangat-sangat kuat hanya Allah swt yang tahu.

Entah berapa lama saya dalam keadaan lali, tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan Nurse.

"Jangan teran!"
Saya baru tersedar yang saya sedang meneran, siap kaki dah ready macam orang nak meneran bersalin tu. Masa bila saya start meneran pun saya tak sedar. Nurse kepit kaki sambil paksa saya untuk sedar semula.

"Letakkan benda tu, bernafas sendiri Siti Haminah!!"
Eh macam laki aku marah pulak sebut sebut nama penuh. haha

Kelam kabut diorang sediakan peralatan.

"Saya kira 1 2 3, awak teran okay?"
"Teran lagi, sikit lagi.....pandai...lagi sikit....berakkan je"
ok rasa nak gelak bila dia suruh berak. Tapi focus teran lagi.......

Bersalin kali ni nurse n doc tak payah ajar meneran nampaknya. Jimat masa. hehe

"Alhamdulillah...."
Dengan 2 kali teran, baby diletakkan di atas dada saya. Bila budak ni keluar? Saya masih mamai sebenarnya. Keluar je si anak bertuah tu, Ameer Isyraf terus kencing, habis kene docter dan nurse, report CTG semua habis basah... haha

"Bertuahnya lah baby awak..." bebel nurse yang tolong sambut baby tu. hehe

Masa proses keluarkan uri, baby masih di atas dada saya. Uri besar sikit kali ni. Mungkin sebab baby pun agak besar. 3.3kg. Abang-abangnya semua 2.9kg je. 

Patutlah benda-benda yang melalikan ni haram, memang bahaya. Bayangkan kalau tak ada nurse/doktor yang perasan saya tengah meneran masatu? Syukur Ya Allah, kau lindungi aku dari perkara yang tak diingini....... *tears*

Sessi menjahit pun bermula, mujur koyakkan minimum sangat. Kena jugaklah 3 mata jahitan.
Proses seterusnya Alhamdulillah smooth je. Cuma ada sikit darah beku. Lepas jahit, kene seluk balik untuk pastikan tak ada lagi darah beku dalam rahim saya. Hmm.

Lama jugak saya ditinggalkan dalam bilik bersalin tu even dah selamat melahirkan, baby pun dibiarkan lama dengan saya, menyusu.. tapi baby tak pandai sangat. Dia penat jugak berjuang, pakat tido je takmo bukak mulut. hehe.

Waktu kelahiran, 9.25pagi.
Total dalam labour room, lebih kurang 2 jam lah.
Alhamdulillah, syukur sangat semua selamat...

Excited dah ada baby di tangan, saya minta nurse panggilkan suami.
Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 11.30 pagi baru saya ditolak keluar dari Bilik Bersalin.
Nurse terus panggilkan suami.

Suami dapat azankan anak sekejap, lepastu dia kena keluar.
Tunggu waktu melawat baru boleh masuk semula, kata nurse bertugas. Baiklah.

Saya pun ditolak kembali ke katil.
Sempat wassap husband, mintak belikan makanan sebab lapar gilerrrr haha.
Sempat call mama bagitau dah selamat bersalin sambil berlatar belakangkan suara tangisan baby.
Kemain kuat Ameer Isyraf nangis, saje nak kasi nenek dengar ke? hehe. Dalam call tu, dengar suara arwah abah tanya, dah selamat dah? Alhamdulillah, lelaki ke perempuan? :')
Na rindu abah......

Bila tiba waktu melawat, makan n borak dengan husband kejap.
Lepastu husband tunggu baby, saya bangun mandi. Terketar-ketar mandi air sejuk haha.
Berlengas sangat rasa, dengan badan ada kesan darah sana sini.. itu yang gagah jugak bangun mandi... Tapi lepastu rasa lebih fresh. Terus bertenaga balik.

Lepas husband balik, baru rest.
Mulalah episod mak anak tiga.
hehe.

Terima Kasih atas doa dari anda. :)





Read More

Monday, February 22, 2016

Saya suka shopping online!

Selamat Hari Isnin!

Siapa suka shopping online, angkat tangan!
hehehe.

Pagi-pagi ni saya nak share pasal laman web shopping online yang berbaloi-baloi wa cakap lu.... Asalnya begini, saya nak beli spare part breastpump sebenarnya. Cari punya cari dari kedai ke kedai, semua OOS (Out Of Stock). Mungkin sebab musim perayaan la kot, semua kedai cakap supplier cuti, so stock tak masuk. Alahai alahai. Pencarian dari kedai ke kedai menemui jalan buntu. Sebenarnya ada la dalam 4-5 kedai je saya cari haha. Maklum je la ada baby kecik, leceh sikitla nak cari mencari ni.

So, husband suggest pegi tengok online kat Gemfive
Respond saya macam errrrrr ape tu? Ade ke? Mahal kot? Lambatlah.. etc.
Degil. hehe

Lepas beberapa hari, spare part yang dicari masih tak jumpa, so saya bukalah website tu. Selalu shopping kat Laz*da je. Itupun selalunya tak jadi beli sebab kadang-kadang tu mahal dari harga kat luar. Kalau betul-betul ada sale je yang murah dan berbaloi.

Survey-survey barang yang dicari, Yeay ada. Saya pun register. Lepas register, terus dapat kupon RM20. wowwww. bertambah murah la barang yang saya nak beli tu. kan kan?? excited haha.

Tapi saya memang degil orangnya. Fikir, lambat sampai sebab kene pos lah ape lah. So saya decide tangguhkan lagi sebab nak pegi cari lagi kat kedai. haha. Kupon pun jadi tak valid... Al-kisah, memang takde la kat kedai barang yang dicari tu. Apekebenda yang saya cari tu sampai tak jumpa-jumpa? korang tertanya-tanya tak? tak? ok takpelah, nak jugak bagitau....... :P

Haaa tu lah dia yang dicari-cari. Nampak tak estimated delivery dia tu. Tu yang buat saya malasssss nak proceed tu. Nak cepat. Tak menyempat-nyempat. haha.

Kecewa dengan kedai-kedai berhampiran sebab tak dapat nak janji bila spare part breastpump tu akan ada stok, saya pejam mata beli je lah kat Gemfive. Saya order hari rabu petang, hari jumaat dah sampai... yeay yeay yeay.

Oh ye, bila compare harga dengan Laz*da, harga kat sini lagi murah, kemudian, saya dapat lagi kupon RM28 (CNY TREAT katanya). So, bertambah-tambah murah la kan?

Happy me.


Read More

Monday, February 15, 2016

MENYUSU MALAM BANYAKKAN SUSU IBU

Assalammualaikum.
Wah lama dah tak update blog, sejak sarat mengandungkan anak ke-3 dan bersalin. hehe
Rutin lama berulang kembali nampaknya, kembali bergelumang dengan pump, storage bottles, ice pack, cooler bag and etc etc. Only pumping moms knows.. heheh.

Nanti ada masa kita cerita pasal pengalaman bersalin & berpantang okeyh?
Harini nak share pasal breastfeeding serba sedikit.

Kerana bekerja, seperti ibu-ibu bekerja yang lain, saya memilih untuk mengepam sewaktu bekerja untuk kekalkan pengeluaran susu untuk si kecik bambam Ameer Isyraf. Malam masa saya tidur, saya akan direct feed on demand. Kadang-kadang tu sepanjang malam dia asyik menyusu. Kadang-kadang menyusu sikit je tidor memanjang. hehe. Tapi still saya pam sebelum bersiap ke tempat kerja.

Jom baca tips kat bawah untuk kita sama-sama aplikasikan!
Selamat membaca :)

 


Tips dari FB Pumponthego - Breast Pump Specialist
 
Di kala seisi rumah dah sampai ke 'kingdom of dreamland' (aka tido), mak2 menyusu masih berjuang nk berikan hak susu ibu kpd anak masing2.

Ada yg dah tido dgn niat nk bangun powerpumping. Tp lg best klu anak sendiri yg 'powerpump'kan.
Pernah seorg ibu datang jumpa cikgu. Baby fully bf tapi kenaikan berat badan sgt sikit. Doktor suggest campur susu fm. Dia dapatkan pendapat cikgu. Cerita punya cerita, rupanya baby tidur straight dr pukul 8pm-5am, last menyusu pukul 8pm. Malam xde nyusu. Pagi2 tersangat2 lapar kata ibunya. Haa, disebabkan ini berat badan baby naik tp sikit. Susu ibu pd waktu mlm lebih tinggi kandungan lemaknya. Lemak ini yg naikkan berat badan baby tau. Jd cikgu suggest, instead of tambah susu fm, eloklah susukan baby dgn kerap pd waktu malam. Juga kita elakkan baby dr dehydrated. Alhamdulillah lepas sebulan, kenaikan berat baby bertambah baik.
Ibu2, jgn mengeluh klu baby nk menyusu dgn kerap waktu malam, sekalipun rs penat teramat, pinggang dah lenguh, urat2 kt badan rs dah masuk angin. Menyusu waktu mlm banyak faedahnya.

1. Bg yg berpantang, inilah masanya utk uols bg rangsangan yg banyak pd breast utk establish kuantiti susu yg banyak nanti. Selepas bsalin, kadar hormon prolaktin di tahap ttinggi. Lg kerap baby menyusu, lg byk susu terhasil.

2. Utk yg rs susu dah berkurang, rajin2 bangunkan baby utk menyusu. Hisapan baby pd waktu mlm akan rangsang penghasilan susu yg luarbiasa gandanya.

3. Jika baby tido (x kerap bgn) kerana kekenyangan, bangun n pump la walaupun sambil tutup mata. Breast yg tak dikosongkan akan hantar signal kpd badan utk kurangkan phasilan susu.

4. Naikkan berat badan baby sebab kandungan lemak (hindmilk) yg tinggi.

5. Menyusu pd waktu malam dpt sustain penghasilan susu utk jangka masa panjang sebab rangsangn pd hormon prolaktin lebih tinggi pd malam hari.

6. Klu dpt direct feeding lg bagus sebab ini bantu ibu n baby dpt tidur yg berkualiti.
Banyak lg kelebihan menyusu waktu mlm ni tau. Cikgu cite sikit dulu mlm ni.
Selamat menyusu n happy pumping to all!! Goodnight
‪#‎cikgususu‬
Read More

Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah