Tuesday, February 23, 2016

Pengalaman bersalin baby ke-3, Muhammad Ameer Isyraf

Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada tarikh 3 Dec 2015, saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah yang diberi nama Muhammad Ameer Isyraf Bin Mohd Zamri. Yes, another hero untuk kami. :)

40 minggu 3 hari.

1 Dec 2015 (Selasa)
Saya mula bercuti. Since Irham dah berenti dari taska, Ilman pun dah berenti dari pengasuh yang juga sarat mengandung. So, bermula la hari saya sebagai suri rumah yang terboyot-boyot dengan 2 hero yang boleh tahan lasaknya. Dari pagi macam biasa je, buat mana yang terlarat sambil menikmati hari-hari terakhir sebagai mak buyong. hehehe. Petang dalam pukul 6 lebih, rasa minor contraction. Since sejak minggu sebelum tu saya memang kerap rasa contraction, atau dalam bahasa lain, False Alarm atau Braxton Hicks, contraction yang saya rasa tadi saya abaikan je lah. Uruskan anak mandi petang, sesambil tunggu husband balik. Tak ada tanda apa-apa, cuma inform husband contraction lebih kuat dari biasa.

Hampir maghrib, husband balik. Contraction makin kuat.. lebih kurang 15 minit sekali. Lepas maghrib terus ke Klinik Harmoni, niat nak jumpa Doc Natasha. Tapi Doc Natasha tak ada. Jumpa Doc apatah namanya. Masa menunggu giliran tu, lama jugaklah. Sampai rasa nak nangis kat situ. Contraction 5 minit! Fuh, berpeluh ok... Dalam hati dok kata.. janganlah sampai aku terbesalin kat sini......... Bila tiba giliran, doc tu lembut-lembut je n agak slow motion. Kite dah sakit ni, cerita kat dia pasal sakit pun dah nak menangis dah, menggigil-gigil dah suara. Doc suruh baring, dia nak cek bukaan jalan. Baring, cek. "dah 2cm ni yang" doc tu kata. Zasss terus rasa darah naik kepala. Alamak, dah nak bersalin ke. Doc advise terus ke hospital.

Masuk dalam kereta (Husband n anak-anak tunggu kat dalam kereta), bagitau husband bukaan dah 2cm. Hero berdua tu tak dinner lagi, so kami decide bawak dorang makan dulu. Dorang makan cam biasa, tapi saya dah terketar-ketar tahan contraction haha. Tahan nervous pun iye tu.. yela membayangkan contraction yang maha hebat bakal ku rasa dalam bila-bila masa. hehe. Makan pun tak lalu, balik rumah kejap amik barang dan terus hantar anak-anak kat rumah pakcik husband (kat Bandar Saujana Putra). Well, you all yang biasa area puchong mesti tau jarak Puchong ke Saujana Putra. Taklah jauh, tapi terasa jauh malam tu hahahaha.

Dari Saujana Putra terus ke Hospital Kajang. Saya memang decide nak bersalin kat hospital kajang sebab Hospital Serdang tengah renovate. Anak ke-2 dulu pun bersalin Hospital Kajang (emergency sebab Hospital Serdang penuh masatu). Saya suka dengan layanan Hospital Kajang. Hospitalnya hospital lama je.... tapi best. Apa lagi yang kita nak masa kita sakit kalau bukan layanan yang baik, betul tak? Husband pun prefer Hospital Kajang sebab bangunannya tak besar, mudah nak pegi ke sana ke mari, parking pun senang. Masa mengandung pun dah siap-siap buka file di Hospital Kajang, sebab ada hsistory bersalin anak ke - 2 di Hospital Kajang.

Perjalanan dari Bandar Saujana Putra ke Hospital Kajang amik masa dalam 45 minit. Siap sesat-sesat lagi. haha. Dedua nervous gamaknye. Layan-layan contraction, tetibe dah sampai.... Bila sampai je hospital, contraction makin selow! Kami sampai lebih kurang pukul 11 lebih.. terus buat CTG, result yang dapat, contraction ada tapi tak kuat. Dan memang contraction makin tak kuat pun. Baby ni prank mama ke ape tah? Doc suruh balik sebab dinding rahim masih tebal katanya, bukaan masih 2cm. Kalau boleh saya taknak balik sebab takut sakit kuat lagi macam sebelum tu n kesian kat husband sebab agak jauh jugaklah Hospital Kajang dari Puchong......

Kami tunggu dalam kereta 3 jam. Haha. Gila kan..
Takut sakit balik sebenarnya. Makin tunggu, makin tak sakit. Jadinya, pukul 3 pagi kami balik ke puchong semula........ Sampai rumah, memang tak ada contraction langsung!

2 Dec 2015 (Rabu)
Husband suruh tinggalkan je anak-anak kat rumah pakcik dia. Kami terus balik n rehat. Esoknya husband pegi kerja macam biasa. Saya duduk je la kat rumah, contraction tiada. Nekad je, malam ni kalau tak ada tanda jugak, nak pergi amik Irham & Ilman balik. Kesian pulak kat diorang. Sayu pun ada. 1 hari duduk rumah tanpa keriuhan dorang. Nangis jugaklah kene tinggal sorang kt rumah. haha.

Tak ada contraction yang kuat, tapi rasa bahagian bawah sangat tak selesa. Kejap-kejap ke tandas, nak lelap-lelapkan mata pun tak dapat. Habiskan masa macamtu je.



Supplement tak dilupakan, saya ambil Omega Guard untuk bantu mudahkan proses bersalin.

Petang, dalam pukul 5pm... ada darah + lendir. Agak banyak jugaklah. Dan ada sikit ketulan warna coklat gelap, bergumpal.. size lebih besar dari duit syiling 50sen yg lama. Start dari keluar darah tu, contraction kembali. Tapi tak kuat. Cakap kat husband, nak pergi jumpa Irham & Ilman dulu sebelum pegi hospital lagi. Tunggu husband balik, husband duk pelik tengok saya relax-relax lagi. Kalau tak silap, husband balik awal that day. Dia ingat saya nak terus ke hospital tapi saya pilih nak tunggu dulu tengok perkembangan seterusnya. Saya taknaklah ke hospital lagi lepastu kena balik semula. Lepas maghrib, kami makan kemudian ke Saujana Putra, jenguk Irham & Ilman. Sempat jugaklah duduk-duduk dengan pakcik dan makcik husband, borakkan pasal budak berdua tu. Nampak seronok je diorang stay situ, okaylah.. lega sikit hati mama. Siap-siap peluk cium semua, lebih kurang pukul 10.30 malam, kami bergerak ke Hospital Kajang.

Sampai hospital, cek CTG dan VE, 3cm. Doc suruh warded.
Okay, masa dah tiba. Nervous dalam masa yang sama tak sabar nak jumpa baby.
Rasa macam lambat lagi nak bersalin sebab tak sakit pun, suruh husband balik dulu n rehat.

3 Dec 2015 (Khamis)

Warded. Cuba nak tidor tapi mata taknak pejam. Puas cakap kat diri sendiri, rehat-rehat. Nanti nak berjuang. Tapi mata taknak lelap. Masa berlalu cepat sangat rasanya.. 2 pagi...3 pagi.. 4 pagi... 5 pagi... dah tak boleh tahan sakit. Duduk sakit, baring tak boleh dah rasanya. Berdiri ok sikit. Saya berjalan-jalan keliling wad. Kebetulan katil saya agak jauh dari kaunter nurse, jauh dari toilet semua. Nurse dah pesan, kalau sakit kuat sangat, bagitau nurse kaunter depan. Takkan kau nak menjerit pukul 5 pagi tu kan? Haruslah menapak setapak setapak ke kaunter nurse.

Saya pun menapak ke kaunter nurse bagitau sakit dah kuat.
Menapak balik ke katil sendiri.

Bila berdiri n jalan, ok sikit. Contraction bearable. Bila contraction datang, melekaplah saya kat dinding wad tu tahan sakit sambil pejam-pejam mata. Drama sangat. haha. Nurse kat Hospital Kajang ni memang caring, Doc tak available untuk cek bukaan, ketua nurse la yang cekkan.

Selesai je azan subuh, sakit dah tak tertahan lagi. Wassap husband cakap dah sakit sangat. Husband kata dia akan bersiap datang balik ke hospital sebab risaukan saya. Husband mintak saya bagitau nurse lagi yang sakit dah makin kuat. Menapak lagi ke kaunter nurse nak bagitau sakit sangat. Tah berapa kali berhenti kat tepi dinding masa contraction menyerang.

"Risau awak terberanak kat sini kang, meh akak cekkan. Dah bagitau doc tadi, tapi tah mana doktornya" - sempat ketua nurse tu bebelkan aku. hehe.

Cek jalan, dah 4cm. Alhamdulillah. Ketua Nurse tadi kasi ubat lawas untuk kasi buang isi perut dan cepatkan lagi bukaan.

Lepas masukkan ubat bersihkan isi perut, terus ke tandas. Dah 2 kali bersalin sebelum ni, tak pernah lagi kena masukkan ubat bersihkan perut. Memang terus rasa nak membuang. Dengan contraction serentak, MashaAllah. Tuhan je tau betapa saya berdoa saya tak bersalin dalam tandas hospital time subuh subuh tu.. Dah la awal pagi, takde orang... habislah kalau terberanak kat toilet... haha kelakar bila ingat balik. Lama jugak memerut. Siap berenti kejap sebab contraction.

Lepas keluar tandas, ketua nurse tadi dah tunggu. Agaknya dia pun risau saya bersalin dalam tandas. huhu.

"Lepasni awak terus ambik barang baby, pegi bilik bersalin"
Kan saya dah cakap, tandas semua jauh kan, so dari bilik cek VE ke tandas kemudian nak ke bilik saya yang paling hujung sekali tu jauh okay. Sebenarnya takla jauh sangat, tapi tengah contraction kan, paham-paham je please. Lepas ke toilet tu, contraction kerap sangat, dalam 3 minit camtu. Baru 2 3 tapak jalan, contraction lagi dan lagi. Lamaaaaaa baru sampai.

Ada nurse datang tegur, "boleh jalan tak ni? nak saya ambikkan wheel chair?"
"Tak, tak, takpe, saya jalan..." Acah-acah kuat je, tapi tak sampai-sampai. haha.

Sampai ke katil, ambik barang baby dan tukar baju.. contraction menggila.
Sempat wassap husband,

"Nak masuk bilik bersalin dah, doakan org, ampunkan org...."
Ahhh... touching bab ni.
Last wassap. Terus simpan semua.

Nurse pun datang dengan wheel chair.
Saya ditolak masuk Bilik Bersalin lebih kurang pukul 7.30pagi.

Saya ditolak masuk ke bilik bersalin No 5. Ah, dulu bersalinkan ilman pun kat sini. Bilik tu ada 2 bahagian. Dipisahkan dengan sekeping langsir. Tempat yang saya bersalinkan ilman tu ada orang baru bersalin. Saya ditempatkan di sebelahnya. Ok nana, cover sikit perangai.. malu kat orang sebelah. Cakap kat diri sendiri. haha.

Biasalah Hospital Goverment. Lagi-lagi masih awal pagi kan. Kebetulan menurut diorang ramai bersalin pagi tu. Saya yang masih boleh tunggu ni dibiarkan dulu. Lepas lebih kurang sejam macamtu, contraction sangat kuat. Saya diberi gas pelali untuk tahan sakit tu untuk sementara.

Dalam sakit-sakit tu saya boleh nampak bunga-bungaan berpusing pusing. Bila terasa yang saya tak sepatutnya melayan bunga-bunga kecik besar kecik besar berterbangan tu, saya mengucap panjang sambil cuba untuk sedar semula. Saya dengar sayup-sayup suara nurse datang tengok saya sambil bersembang itu ini sesama mereka. Saya dengar ada doktor datang tekan-tekan perut saya sambil bertanya ini anak ke berapa, berapa berat anak-anak yang sebelum ini, berapa umur mereka sekarang dan etc. Saya boleh jawab, saya dengar suara saya jawab soalan doktor dengan betul. Tapi saya masih berterbangan. Aku mati ke ni? MasyaAllah. Takut sangat apa yang saya rasa masatu. Terus terbayang anak-anak, suami, mama, abah... Ya Allah, kenapa ni? Saya takut. Saya paksa bukak mata, tengok tangan, genggam....bukak...genggam semula.. kenapa saya tak dapat rasa badan saya? 

Air ketuban dipecahkan masa bukaan 7cm.
Lepas air ketuban dipecahkan, contraction sangat-sangat kuat.

Saya sambung berlali-lala dengan gas tu.
Contraction sangat-sangat kuat hanya Allah swt yang tahu.

Entah berapa lama saya dalam keadaan lali, tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan Nurse.

"Jangan teran!"
Saya baru tersedar yang saya sedang meneran, siap kaki dah ready macam orang nak meneran bersalin tu. Masa bila saya start meneran pun saya tak sedar. Nurse kepit kaki sambil paksa saya untuk sedar semula.

"Letakkan benda tu, bernafas sendiri Siti Haminah!!"
Eh macam laki aku marah pulak sebut sebut nama penuh. haha

Kelam kabut diorang sediakan peralatan.

"Saya kira 1 2 3, awak teran okay?"
"Teran lagi, sikit lagi.....pandai...lagi sikit....berakkan je"
ok rasa nak gelak bila dia suruh berak. Tapi focus teran lagi.......

Bersalin kali ni nurse n doc tak payah ajar meneran nampaknya. Jimat masa. hehe

"Alhamdulillah...."
Dengan 2 kali teran, baby diletakkan di atas dada saya. Bila budak ni keluar? Saya masih mamai sebenarnya. Keluar je si anak bertuah tu, Ameer Isyraf terus kencing, habis kene docter dan nurse, report CTG semua habis basah... haha

"Bertuahnya lah baby awak..." bebel nurse yang tolong sambut baby tu. hehe

Masa proses keluarkan uri, baby masih di atas dada saya. Uri besar sikit kali ni. Mungkin sebab baby pun agak besar. 3.3kg. Abang-abangnya semua 2.9kg je. 

Patutlah benda-benda yang melalikan ni haram, memang bahaya. Bayangkan kalau tak ada nurse/doktor yang perasan saya tengah meneran masatu? Syukur Ya Allah, kau lindungi aku dari perkara yang tak diingini....... *tears*

Sessi menjahit pun bermula, mujur koyakkan minimum sangat. Kena jugaklah 3 mata jahitan.
Proses seterusnya Alhamdulillah smooth je. Cuma ada sikit darah beku. Lepas jahit, kene seluk balik untuk pastikan tak ada lagi darah beku dalam rahim saya. Hmm.

Lama jugak saya ditinggalkan dalam bilik bersalin tu even dah selamat melahirkan, baby pun dibiarkan lama dengan saya, menyusu.. tapi baby tak pandai sangat. Dia penat jugak berjuang, pakat tido je takmo bukak mulut. hehe.

Waktu kelahiran, 9.25pagi.
Total dalam labour room, lebih kurang 2 jam lah.
Alhamdulillah, syukur sangat semua selamat...

Excited dah ada baby di tangan, saya minta nurse panggilkan suami.
Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 11.30 pagi baru saya ditolak keluar dari Bilik Bersalin.
Nurse terus panggilkan suami.

Suami dapat azankan anak sekejap, lepastu dia kena keluar.
Tunggu waktu melawat baru boleh masuk semula, kata nurse bertugas. Baiklah.

Saya pun ditolak kembali ke katil.
Sempat wassap husband, mintak belikan makanan sebab lapar gilerrrr haha.
Sempat call mama bagitau dah selamat bersalin sambil berlatar belakangkan suara tangisan baby.
Kemain kuat Ameer Isyraf nangis, saje nak kasi nenek dengar ke? hehe. Dalam call tu, dengar suara arwah abah tanya, dah selamat dah? Alhamdulillah, lelaki ke perempuan? :')
Na rindu abah......

Bila tiba waktu melawat, makan n borak dengan husband kejap.
Lepastu husband tunggu baby, saya bangun mandi. Terketar-ketar mandi air sejuk haha.
Berlengas sangat rasa, dengan badan ada kesan darah sana sini.. itu yang gagah jugak bangun mandi... Tapi lepastu rasa lebih fresh. Terus bertenaga balik.

Lepas husband balik, baru rest.
Mulalah episod mak anak tiga.
hehe.

Terima Kasih atas doa dari anda. :)





Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah