Monday, February 22, 2016

Saya suka shopping online!

Selamat Hari Isnin!

Siapa suka shopping online, angkat tangan!
hehehe.

Pagi-pagi ni saya nak share pasal laman web shopping online yang berbaloi-baloi wa cakap lu.... Asalnya begini, saya nak beli spare part breastpump sebenarnya. Cari punya cari dari kedai ke kedai, semua OOS (Out Of Stock). Mungkin sebab musim perayaan la kot, semua kedai cakap supplier cuti, so stock tak masuk. Alahai alahai. Pencarian dari kedai ke kedai menemui jalan buntu. Sebenarnya ada la dalam 4-5 kedai je saya cari haha. Maklum je la ada baby kecik, leceh sikitla nak cari mencari ni.

So, husband suggest pegi tengok online kat Gemfive
Respond saya macam errrrrr ape tu? Ade ke? Mahal kot? Lambatlah.. etc.
Degil. hehe

Lepas beberapa hari, spare part yang dicari masih tak jumpa, so saya bukalah website tu. Selalu shopping kat Laz*da je. Itupun selalunya tak jadi beli sebab kadang-kadang tu mahal dari harga kat luar. Kalau betul-betul ada sale je yang murah dan berbaloi.

Survey-survey barang yang dicari, Yeay ada. Saya pun register. Lepas register, terus dapat kupon RM20. wowwww. bertambah murah la barang yang saya nak beli tu. kan kan?? excited haha.

Tapi saya memang degil orangnya. Fikir, lambat sampai sebab kene pos lah ape lah. So saya decide tangguhkan lagi sebab nak pegi cari lagi kat kedai. haha. Kupon pun jadi tak valid... Al-kisah, memang takde la kat kedai barang yang dicari tu. Apekebenda yang saya cari tu sampai tak jumpa-jumpa? korang tertanya-tanya tak? tak? ok takpelah, nak jugak bagitau....... :P

Haaa tu lah dia yang dicari-cari. Nampak tak estimated delivery dia tu. Tu yang buat saya malasssss nak proceed tu. Nak cepat. Tak menyempat-nyempat. haha.

Kecewa dengan kedai-kedai berhampiran sebab tak dapat nak janji bila spare part breastpump tu akan ada stok, saya pejam mata beli je lah kat Gemfive. Saya order hari rabu petang, hari jumaat dah sampai... yeay yeay yeay.

Oh ye, bila compare harga dengan Laz*da, harga kat sini lagi murah, kemudian, saya dapat lagi kupon RM28 (CNY TREAT katanya). So, bertambah-tambah murah la kan?

Happy me.


Copyright © Sihat & Cantik by Cik Puan Nana Designed by Ms.Azhafizah